Gol tersebut melakar sejarah kepada pasukan Span yang pertama kalinya merankul gelaran juara piala dunia. Itu cerita bola. Bukan itu yang penulis nak ceritakan sebab semuanya pembaca sudah membacanya didada akhbar.
Penulis ingin mengajak pembaca menilai perkembangan bola sepak negara kita. Manakan tidak, di setiap tempat penulis pergii dalam Malaysia, pasti ada padang bolanya. Dan ham[ir setiap petang pasti akan kelihatan kelibat yang bermain bola. Di malaysia, bola sudah menjadi suatu keperluan.
Melihat senario tengok Piala Dunia yang meriah di setiap kedai makan pada musim Pial Dunia, penulis boleh membayangkan pasti akan lebih hebat lagi jika pasukan Malaysia yang akan bermain dalam Piala Dunia.
Persoalannya sekarang kenapa skuad boala sepak Malaysia masih belum mantap dan dimana silapnya? Soalan ini mungkin dah biasa pembaca membacanya, dan mungkin naik muak pun mendengarnya. Satu perkara yang pasti, jika dibiarkan berlalu bergitu sahaja pasti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pun lena dengan tumpuan lain tanpa mengambl kira atau mengambil persiapan awal bagi memastikan skuad harimau malaysia dapat masuk ke perlawan Piala Dunia edisi 2014 di Brazil kelak.
Terima kasih kepada barisan kepimpinan FAM selama ini kerana berusaha untuk mengangkat martabat bola sepak Malaysia ke tahap yang seharusnya. Namun, masih ada yang tidak kena, hinggakan rakyat Malaysia sendiri rela, khususnya kaki bola tahap 1, menyokong skuad negara lain atau kelab lain di luar negara sebab tidak ada yang menarik dalam malaysia yang hendak di sokong secara fatanik. Tengak sahaja Piala Malaysia, prestasi pasukan yang menang tidak kekal lama. Kita tidaklah mengharapkan yang bergelar juara terus kekal juara selamanya, tapi sekurangnya skil permainan menunjukkan sang juara. Dalam hal ini adalah sebaliknya yang berlaku…Hal inilah yang membuat kaki bola di Malaysia terasa seolah macam kena main, atau dipermainkan…
Justeru saya ingin mencadangkan kepada pihak FAM, dalam usaha memastikan skuad Malaysia layak bermain Piala Dunia tahun 2014 atau 2018 ialah;
a. Buat pemilihan permain secara bekala disetiap pelusok negeri sampailah kep kawasan pedalaman. Munstahil dalam satu Malaysia yang aman damai ini tidak ada yang hebat dan berskill seperti Ronaldo.
b. Buat pemilihan yang telus tanpa mengambilkira dari negeri mana, atau bangsa. Pilih yang benar-benar layak dan menepati standard, dan bukan berdasarkan pengaruh atau rekomendasi daripada pihak tertentu.
c. Buat kerjasama dengan Jabatan Pelajaran disetiap negeri utuk menganjurkan perlawan bawah 12 tahun, 15 tahun. Kalau dah dewasa sangat tu minta kerjasama kementerian Sukan….
d. FAM wajar buat kerjasama dengan Ahli Parlimen atau setiap DUN untuk menganjurkan perlawaan bola sepak disetiap awasan berdasarkan satu kampung satu pasukan. Futsal pun tak apa janji ada perlawanan bola sepak.
e. FAM juga kena ambil hati pemimpin politik tanpa mengira fahaman politik agar mereka menganjurkan perlawanan bola sepak di setiap kawasan masing-masing. Jangan asyik anjur pertandingan karoke sahaja.
f. Pemberian biasiswa haruslah dinikmati oleh semua yang dipilih untuk masuk ke Adademi Bola Malaysia sebagai satu penghargaan agar sukan bola di anggap berprestij.
g. FAM kena buat pelbagai aktiviti yang bersifat kemasyarakat untuk dedah kepada masyarakat bahawa FAM serius dalam mencari bakat baru dalam permainan bola sepak.
Penulis beranggapan usaha untuk memastikan skuad Harimau Malaysia melayakkan diri ke Piala Dunia 2014 atau 2018 haruslah bermula hari ini. Jangan kita hanya berniat dan berusaha untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia, dalam pada masa yang sama tidak menitikbeatkan tahap permainan skuad negara kita.
No comments:
Post a Comment