Thursday, May 20, 2010

Didera Undang-Undang manusia

Bung Moktar dan Zizie Izette Abd Samad. Dua nama yang telah memeriahkan dunia akhbar kita di Malaysia. Fakta kesnya ialah, berpoligami tanpa kebenaran. Impaknya amat besar. Timbul pelbagai persoalan nakal, sampai begitu sekali peraturan di Malaysia!

Tidak kurang juga ada yang berhujah, kenapa perlu dibesar-bearkan orang yag dah berkahwin secara sah? Malah, jika benar pihak jabatan agama serius dengan kerjanya, banyak lagi yang bersekedudukan di Kuala Lumpur itu. Kenapa hal itu tidak diberikan tumpuan sepenuhnya?

Rasanya banyak pihak sedar, masalah sosial kita di Malaysia tidak pernah menurun grafnya. Lihat saja kes pembuangan anak, menjadi-jadi. Semakin kerap disiarkan, menyebabkan masyarakat kita yang mendengarnya seolah ianya sesuatu yang biasa. Walhal itu adalah satu pembunuhan yang jelas.

Bukan untuk membela A.P Bung, tapi bila berita seumpama ini disensasikan maka memberi gambaran yang buruk kepada Islam. Islam tidak sekejam itu dalam peraturannya. Hal seumpama inilah yang menyebabkan golongan muda berfikiran dua kali untuk bertindak benar.

Justeru, para pemimpin dan pihak agama di negara ini wajarlah memikirkan strategi bagaimana menyelesaikan hal seumpama ini tanpa mengaibkan sesorang yang melakukan perbuatan yang halal.

No comments: