Thursday, June 24, 2010

24 Jun 2010

22 Jun 2010, genap 54 tahun usia Dewan Bahasa dan Pustaka. Siang 23 Jun 2010 juga pasti akan diingati dalam sejarah bolasepak antarabangsa kerana di seluruh dunia tersebar berita mengatakan bahawa bekas juara World Cup 1998, Peranchis, gagal melayakkan diri ke pusingan kedua piala dunia apabila dikalahkan oleh pasukan Afrika Selatan 2-1.

Bagi setiap orang, tarikh menandakan suatu makna, dan tarikh juga adalah elemen yang amat penting kepada seorang pencatat. Sejarah tidak akan bermakna tanpa tarikh. Tarikhlah yang menentukan tiba masanya seseorang itu akan bersara, dan tarikh juga menetapkan seorang menteri terpaksa melepaskan jawatannya kerana kalah dalam pilihan raya.Justify Full
Hari ini 24 Jun 2010. Banyak perkara yang berlaku sama ada isu politik, sosial mahupun peribadi telah berlaku sehingga ke saat ini. Dalam Malaysiakini juga dilaporkan tiga orang penduduk Sarawak dilaporkan membuat laporan kepada pihak SPRM kononnya Ketua Menteri Sarawak terlibat dalam rasuah. Pada masa yang sama menarik semula laporan tersebut kerana pihak SPRm TIDAK MEMBERIKAN SALINAN LAPORAN TERBABIT KEPADA PIHAK PENGADU.

Itu isu politik. Isu sukan pula berita gembira kepada peminat bola sepak kerana England akan bertemu Jerman dalam pusingan kedua kelak gara-gara duduk ditangga kedua dalam kumpulan C dibawah Amerika Syarikat. Pastinya pertemuan England menentang Jerman dinantikan oleh peminat bola sepak diseluruh dunia.

Di Kuching tarikh 24 Jun 2010, hujan sejak diawal pagi. Bandaraya Kuching basah dengan hujan sejak semalaman. Penulis pula merenung tarikh 24 Jun sebagai suatu tanda yang mungkin akan mengubah kehidupan penulis seterunsya.

Sepanjang hidup berkelana di alam Malaysia, penulis telah berjumpa dengan pelbagai karenah dan ragam manusia. Ada diantaranya yang meinta pertolongan, nasihat, pandangan dan tidak kurang juga yang mengeji, tidak menyukai, suka dahulu benci kemudian dan sebagainya.

Sekadar untuk berkongsi cerita, penulis pernah menyelamatkan seorang remaja anak orang besar yang tension dengan kehidupan keluarganya yang boleh penulis labelkan tidak mesra akrab dalam hubungan kekeluargaan. Hatta terlalu besar pangkat si ayah dan si ibu, maka anak-anaknya melalui kehidupan yang luar biasa pada kaca mata penulis, yakni makan secara bufet di rumah dan masing-masing makan di bilik masing-masing. Tidak pernah merasai nikmat makan secara bersama ahli keluarga, dan paling mengejutkan tidak pernah bersalaman sesama adik beradik.

Bersalaman hanyalah rutin pada hari yang mulia yakni Aidilfitri sahaja. Tidak pada hari aidiladha. Hidup remaja yang memberontak itu bertukar ganas apabila kekasih pilihannya ditalok kedua orang tuanya dengan alasan yang mudah daripada mereka; tidak sama taraf dari segi kekayaan dan pendidikan.

Hasil usaha keras dan kesungguhan tim syaitan yang sememangnya menyesatkan keturunan Adam dan Hawa, maka tibalah saat dimata remaja tersebut nekad untuk menyiksa merangkap untuk membunuh diri dengan memotong saluran urat saraf di tangan. Penulis tidak ada ilmu dalam bidang perubatan. Yang penulis tahu ialah jika berlaku pendarahan yang banyak maka kematian tidak mustahil berlaku.

Itulah yang dirancang remaja terbabit. Mengenali remaja tersebut secara kebetulan dan berkekalan sehinga dipanggil abang. Hanya kerana ingin melihat kebaikan berlaku di depan mata, secara berkala remaja tersebut dijadikan kawan, diajak berbual-bual menceritakan semua masalahnya. Memang benar pengalaman hidup sebagai seorang yang mewah, benar-benar berbeza dengan kehidupan penulis.

Penulis sendiri di Kuala Lumpur jika keluar berjalan paling banyak wang dalam dompet sekitar RM200 sahaja. Tetapi remaja ini paling kurang RM500 ada dalam poketnya. Hebatnya anak pegawai kerajaan yang bergelar jusa ini.

Lama-kelamaan hasil berbual, bertukar pandangan dan berbincang, remaja tersebut mulai memahami realiti hidup. Dipendekkan cerita, remaja tersebut kini dalam keadaan Alhamdulillah, sihat sejahtera, malah khabarnya akan berkahwin penghujung tahun ini. Yang dikesalkan ialah keluarga remaja tersebut sehingga kini memusuhi penulis kononnya penulis menanam fahaman yang salah kepada anaknya. Pada penulis biarlah rahsia semuanya, dan hanya kepada Allah penulis berserah diri dan bertawakal daripada fitnah yang pelbagai.

24 Jun juga seorang kawan akrab dari utara mulai jarang menghubungi penulis. Khabarnya, kesibukannya membuat dirinya kepenatan dan keletihan, lantas malam dimanfaat sebaiknya untuk berehat dan tidur. Sejujurnya penulis sedih jika kehilangan seorang kawan, namun mungkin ada hikmahnya. Kesibukan boleh dijadikan alasan untuk tidak lagi berkawan.

24 Jun 2010 penulis menerima sms daripada seorang pemimpin negeri yang meminta penulis merangka cadangan untuk memantapkan lagi kawasan pentadbirannya. Penulis dijanjikan sejumlah RM untuk menulis dan merangka projek tersebut dangan sebaiknya. Penulis membalas sms tersebut dan akan berusaha mencuba terlebih dahulu. Cuma sayang, kawan yang ada kaitan dengan hal-hal pembangunan tadi kesibukan, dan penulis menjadi alone untuk merangka pelan tersebut.

24 Jun 2010, hari yang biasa kepada individu lain, tetapi tidak kepada penulis kerana banyak yang tersirat telah berlaku pada hari ini. Hari ini, esok dan seterunya pasti akan berbeza dengan semalam, seminggu yang lalu, sebulan yang lalu dan puluhan tahun yang lalu.

Hidup perlu diteruskan. Never give up, and never under any circumstances. Face the facts. Selamat tinggal semalam kerana hari ini 24 Jun 2010.

2 comments:

mai said...

semalam adalah semalam. hari ini adalah hari ini. untuk mengingati hari kemudian,membenakkan otakku.masalah tak akan pernah selesai..
sabarlah penulis.. manusia sentiasa fikir perkara yg negatif saja.. buat baik salah buat jahat pun salah...

Sri mas ayu said...

Saya tertarik dengan penulisan saudara. Memang kebanyakan manusia tidak pernah melihat dengan mata hati tetapi pada zahirnya sahaja.
Manusia jarang menghargai anugerahnya dan akan tercari cari apabila hilang dihadapan mata..kebahagiaan adalah ciptaan bukannya datang sendiri

SALAM.. MAS AYUNI