Monday, December 7, 2009

Kehidupan & Tanggungjawab

Salam sejahtera. Memang pelik terasa bila sudah lama tidak mengemaksinikan blog. Kepada sesiapa yangmemiliki blog, rasa itu pasti dirasainya. Dengan kemunculan pelbagai laman sesawang yang baharu, dan penyediaan pelbagai aplikasi yang lebih mudah, tidak keterlaluan saya katakan bahawa mungkin suatu hari dalam tempoh dua tahun dari sekarang blog hanya tinggal blog. Mungkin tidak akan ada, terlalu banyak atau ditukar kepada keadah penyampaian yang lain yang mungkin lebih mesra sifat penggunaannya.

Dengan izinnya juga, sehingga ke tarikh ini sudah lebih 100 hari bondaku kembali ke rahmatullah. Pelbagai rasa dan kenangan mudah menguasai diri. Rasa ini mungkin pernah dialami oleh anak-anak lain yang kehilangan kedua orang tuanya. Saya mungkin salah seorang daripada mereka. Namun hidup mesti diteruskan. Terlalu banyak tanggungjawab kita sebagai manusia yang wajid dilaksanakan. Mungkin kita belum pernah membaca Rukun Menjadi Manusia yang harus dilaksanakan, namun sebagai seorang Islam, sama ada kita suka atau tidak besar tanggungjawab kita dalam kehidupan ini sebenarnya.

Lantaran itu jugalah, para sahabat Rasulullah pernah dikatakan selalu meluah sendirian tentang keapa mereka tidak dijadikan rumput, binatang dan benda lain selain manusia, kerana mereka memahami akan tanggungjawab yang harus mereka lakukan sebagai manusia yang beragama Islam.

Ya Allah, jadikanlah daku dalam kalangan hamba-Mu yang bertanggungjawab terhadap kehidupan dunia dan akhiratnya, Amin...

Masa terlalu singkat untuk saya menulis panjang. Masa berlari untuk membawa ku terus pergi ke destinasi lain. Insya-Allah akan bersambung lagi...

2 comments:

aShaBuLz said...

kuatkan semangat...kita sememangnya hamba yang lemah. hanya pada-Nya tempat kita mengadu dan pergi satu hari nanti..

p/s: blog walking..

+ r3d lollip0p + said...

keep 0n bl0gging. setiap manusia ada tanggungjawab. dan itu adalah amanah . ;)