Fight for your opinions, but do not believe that they contain the whole truth, or the only truth. Risk! Risk anything! Care no more for the opinions of others, for those voices. Do the hardest thing on earth for you. Act for yourself. Face the truth.
Monday, February 2, 2009
Mat Rempit & Minah Rempitah...
Gejala Mat Rempit, misalnya, bukan sekadar melipatkan gejala belia menunjukkan “taring” ketika menunggang motosikal, malah lebih darpada itu. Gejala ini saling berkaitan dengan gejala sosal yang lain, seperti curi motosikal, vandalisne dan seks bebas. Malah kajian pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mendapati bahawa pelumba motosikal haram antara penyumbang besar kepada INDEKS jenayah negara.
Yang membimbangkan ialah kbanyakkan Mat Rempit berusia antara 14 hingga 25 tahun, dan mejoritinya berusia 21 tahun ke atas. Perlu kita ketahui bahawa usia ini ialah usia yang sesuai membenuk kepimpinan, dan di negara Barat, malah dalam sejarah Amerika Syarikat sendiri, kebanyakkan askar yang dihantar berkihidmat dalam Perang Vietnam adalah berusia dalam linkungan tersebut.
Dan yang paling menyedihkan ialah kebanyakkan mat motor ini pelajar pengajian tinggi, dan mereka ini lebih kepada mencari keseronokan ketika masa lapang atau melepaskan tekanan kerana pembelajaran di universiti. Dan 97 peratius kajian mendapati bahawa golongan Mat Rempt ini disifatkan kategori “kepala angin”. Mereka ini sanggup melakukan apa-apa sahaja janji mencapai kepuasan dalam berseronok. Kajian oleh pihak UKM juga mendapayti hanya 3 peratus sahaja yang benar-benar berjiwa mat motor, yakni golongan yang benar-benar sukakan aktiviti bermotor ini.
Bayangkan jika mat rempit itu seorang pelajar pengajian tinggi, dan terlibat dalam aktiviti sosial, dan semua mengetahui bahawa di IPT kebanyakkan siswa dan siswi tingal di asrama dan pergaulan bebas berlaku, jadi siapa harus disalahkan dan apakah jalan penyelesaiannya yang telah dilakukan oleh setiap pihak IPTA atau IPTS?
Saya suarakan permasalahan ini sebab semua mengetahui bahawa setiap Jumaat atau Sabtu, disetiap asrama universiti pasti banyak ahli keluarga atau teman lelaki yang akan mengambil siswa & siswi di pintu asrama. Keadaan ini berlaku di semua IPT. Dan jika berlakunya pergaulan bebas makan tidak musahil pula berlakuknya seks bebas.
Menurut Ketua Program Psikologi UKM, Prof. Madya Dr Rozimi Ismail, faktor perubahan gaya hidup zaman moden meyumbang kepada perilaku tidak senonoh itu kerana masyarakat sekarang bersifat global. Media massa yang terlalu menonjolkan kemewahan dan keseronokan adalah suatu kemestian dalam kehidupan telah mendorong belia masa kini berusaha kearah itu, walau apa-apa pun, janji dapat merasainya. Ntah, kini itulah yang berlaku di Bandar besar bila banyak siwa-siswi yang menjual diri kerana untuk mendapatkan RM lebih bagi menampung kehidupan.
Dan berbalik kepada gejala Mat Rempit, semuanya bermula dengan pergaulan bebas yang akhirnya akan membinasakan. Mudah-mudahan mereka mehami bahawa tindakan mereka tidak ada memberi mana kepada kesan jangka panjang dalam kehidupan mereka.
Gaza, Palastine dan Holocouct
Hari ini dan seterusnya banyak pihak mengadakan pelbagai majlis dan upacara dengan tujuan mengumpul dana bagi membiayai mangsa kekejaman tentera Israel di bumi Gaza. Saya tertarik dengan upacara solat hajat yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Solat diadakan distadium, dan yang bestnya stadium itu penuh. Seharusnya warga Kelantan bangga, apatah lagi jika mereka turut sama solat hajat pada ketika itu.
Bercakap mengenai Israel, maka saya teringat akan emel yang banyak diterima mengenai saranan agar kita boikot beberapa jenama kerana didakwa merupakan penyumbang dana utama kepada kerajaan Israel. Pelbagai pihak ada pendapat masing-masing berhubung hal tersebut. Tun Mahathir berkata bergini, Pak Lah pulak berkata begitu. Pada saya yang penting kita harus bertindak bagaimana menyekat bangsa Israel. Pokok kepada usaha ini ialah ilmu, penguasaan ilmu. Tidak bermakna memboikot tapi dalam keadaan yang sama kita merungut seolah tidak ada barangan lain melainkan barangan yang di boikot menjadi pilihan.
Renunglah sendiri, dalam 24 jam kehidupan kita adakah kita benar-benar tidak menggunakan barangan yang jenamanya merupakan penyumbang dana kepada kerajaan Israel? Jawan sendiri persoalan tersebut.
Dunia akademik hari ini masih bertelagah soal Holocaust. Ada yang berkata bahawa Holocaust ciptaan bijak pandai Yahudi, selepas mengetahui bahawa dunia akademik boleh mereka kuasai dengan mencipta, mengarang sesuatu yang boleh dijadikan bukti kepada generasi selepasnya. Maka sebaik sahaja perang dunia kedua, aspek mengenai Holocoust berkembang, dan akhirnya dunia mempercayai akan kewujudan apa yang dinamakan Holocoust itu. Adolf Hitler dilebelkan sebagai pembersih etnik (pogrom) selepas didakwa membunuh enam juta umat Yahudi.
Tahun 2007 Presiden Iran pernah mengemparkan dunia apabila menganjurkan seminar bagi membahaskan adakah Holocaust itu wujud. Penyertaan yang terdiri aripada golongan bijak pandai dari seluruh dunia membuktikan bahwa memang ada hujah bahawa Holocoust itu tidak ada. Ternyata ada hujah yang menyokong fakta yang sedemikian. Cuma, oleh sebab pengaruh bangsa Yahudi amat kuat sekarang, maka tiada pihak yang berani mengetengahkan lagi fakta tersebut. Itulah nasib umat dunia yang terpaksa akur sebab semua bidang ilmu dikuasi oleh bangsa Yahudi. Jadi, apa yang sebaiknya kita harus usahakan sekarang untuk kebaikan umat manusia seterusnya? Saya suka memberitahu ialah dengan menguasai ilmu. Semua bidang ilmu.
Belia Black Metal & Bomoh
Dalam pada masyarakat kita diceritakan bahawa ekonomi bagi tahun 2009 ini agak mencabar dan menduga dengan kegawatan ekonomi global yang berlaku sekarang, kita lupa ada juga masalah masyarakat kita sekarang yang masih bersikap “Saya nak jadi apa pun boleh asalkan tak kacau orang lain.”
Sikap ini yang banyak berlaku sekarang dan di kota besar seperti Kuala Lumpur, keadaannya amat menyerlah sekali. Saya tidak bercadang untuk menghuraikannya sebab ini adalah masalah umat Malaysia bersama, dan jika generasi kita tidak diberi kesedaran maka akan parah dan musnahlah kesahjeteraan hidup bermasyarakat Yang mengejutkan ialah berdasarkan kajian penyelidiakan beberapa orang pensyarah dari Universiti Malaya baru-baru ini mendapati banyak belia Islam memuja syaitan secara tidak langsung akobat pengaruh menerusi pelbagai filem dan drama Barat, khususnya, pengaruh muzik khususnya Black Metal, dan permainan video yang mengagungkan nama syaitan.
Lebih malang lagi hasil kajian itu juga mendapati bahawa kebanyakkannya menganggap pembabitan dalam satanisme sekadar suka-suka tanpa menyedari boleh menjurus dan mendorong seterusnya penganut ke peringkat syirik. Sebanyak 682 responden adalah terdiri daripada belia Islam yang berusia 13 hingga 30 tahun, dan mejoritinya adalah pelajar. 68 peratus daripada responden adalah lelaki manakala 32 peratus lagi perempuan. Dalam konteks kelompok ini, satanisme adalah merujuk kepada konsep pemujaan syaitan. Syaitan ditonjolkan sebagai wira yang amat kuat, harus digeruni. Amalan dan fahaman sebahagian besar responden yang ditemui ini adalah mirip kepada ajaran sesat Antonszandor La Vey, iaitu Church of Satan.
Jika trend ini tidak diatasi sekarang, nescaya akan mencetuskan masalah serius dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Adakah kecenderungan belia kita ini ada kaitan dengan sikap golongan dewasa dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri yang mempercayai kekuasaan bomoh, mderam dan yang sewaktu dengannya? Hal ini wajar dikaji oleh pihak akademik bagi tujuan mencari jalan penyelesaian membina negara bangsa yang bertamadun dan merdeka!