Bila membaca berita ini diakhbar awal pagi tadi, fikiran saya terus teringat catatan pada blog bekas Perdana Menteri mengenai kenapa dan mengapa kontroversi yang manjadi sejarah dalam bidang kehakiman berlaku. Setelah digabung ingatan berdasarkan tulisan Tun Mahathir dan analisis oleh akal fikiran yang waras, maka semakin banyak persoalan yang wujud. Kenapa dan mengapa kerajaan memberi payout kepada kesemua hakim-hakim tersebut?
Seorang kawan memberitahau saya bahawa jika pencen tidak diberikan, mungkin dapat diterima bila kerajaan mengumumkan pemberian ex-gratia tersebut. Setelah hari ini baru diketahui dan saya yakin banyak juga pihak lain yang akan terkejut bahawa kesemua hakim-hakim tersebut menerima ex-gratia dan juga pencen serta ganjaran lain (mungkin).
Saya berpendapat, jka itu rezeki mereka maka terpulanglah. Itu sudah ketentuan. Cuma jika apa ang didakwa Tun Mahathir di dalam blog beliau sebelum ini berhubung kontroversi tersebut, maka adalah tidak wajar pemberian sebanyak itu, walaupun saya menyokong pemberian ex-gratia. Mudah-mudahan kepimpinan kerajaan belajar daripada pengalaman lalu.
No comments:
Post a Comment