Agak lama melayani hal-hal lain dan hari ni baru ada ruang dan peluang untuk menulis sdikit luahan di blog ini. Ketika dan di saat ini di Tv3, dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) dalam segman Tilam dan Bantal, sedang memberi ruang kepada Abby untuk menjelaskan kepada umum apa sebenarnya berlaku dalam rumahtangga mereka. Dari satu segi penonton pastinya suka jika dapat menonton perkara itu sebab itulah peluang untuk mereka mendengar dengan jelas dan sahih apa-apa yang sebenarnya telah berlaku dalam "cerita panas Abby & norman & memey".
Pelbagai maklumat terkini telah Abby luahkan. Yang pastinya maklumat yang belum disiarkan oleh media hiburan. Menjawab suatu persoalan lain, Abby dengan yakin mengakui bahawa beliau sudah nekad untuk memohon cerai dengan norman.
Saya berpendapat, hal rumahtangga tidak seharusnya diketengahkan sehingga ketahap itu. Walaupun saya tahu keduanya artis, terkenal dan pujaan banyak peminat, tidak seharusnya hal rumagtangga diketengahkan secara terbuka begitu. Artis Barat pun masih menyembunyikan semuanya hal berkaitan rumahtangga mereka, kenapa artis Malaysia demikian sifatnya?
Lihat sahaja kes perceraian Madonna, jika kerana bukan sampai ke tahap Mahkamah, semuanya hanya desas-desus. Juga, hal berkaitan mereka hanya disampaikan kepada wartawan hiburan yang cuba mengorek rahsia sama ada melalui kenalan atau kawan artis terbabit.
Tapi kita di Malaysia lain pulak ceritanya. Wartawan turut dibawa bertemu suami di lokasi pengembaraan filem dan pergaduhan atau perbincangan berlaku di hadapan sekumpulan wartawan. Wartawan menjadi saksi semuanya.
Pada saya sama ada mereka bercerai atau tidak (walaupun saya tidak suka mendengar jika Abby & norman sampai ketahap bercerai), itu adalah keputusan mereka suami isteri. Penyokong atau peminat tidak wajar mencadangkan ke arah itu. Hal ini saya sebutkan sebabnya perceraian hanyalah pada Abby dan norman. Bagaimana pula nasib anak-anak? Memang suatu yang diketahui umum, jika norman & Abby becerai pasti masing-masing akan dapat pengantinya. Namun kehidupan tidak akan menjadi semudah itu. Selagi manusia ada hati, perasan dan akal fikiran realiti kehidupan tidak akan mudah dilupakan, terutamanya bila sudah ada anak-anak. Hal inilah yang harus dipertimbangkan oleh norman & Abby.
Seorang pakar psikologi, Maria Theresia Widyastuti menerusi laman webnya, cinta baru biasanya muncul lagi dalam kehidupan pasangan yang sudah rumah tangga selepas usia perkahwinan mencecah lima tahun ke atas. "Tetapi kemungkinan ia juga boleh berlaku pada awal perkahwinan, misalnya tiga tahun, sekiranya komitmen pernikahannya tidak kuat," katanya. Resam dalam rumahtangga pasti akan diduga. Itu cara tuhan memberi kasih sayang melalui hikmahnya. Kehidupan pasti diduga, dan diuji. Lebih-lebih lagi yang bernama rumah tangga. Jalan paling baik mengatasi permasalahan rumah tangga ialah perbincangan, dari hati ke hati, penuh dengan rasa kasih sayang, bukan ego dan hujah yang menggila. Kesabaran amat penting. Di sini saya ingin mencadangkan membaca buku bertajuk Bunga Kebahagian, hasil tulisan Tok Guru Nik Aziz. Harus diketahui baginda Rasullullah juga diduga rumahtangga beliau, dan cara beliau mengatasinya ialah mengasingkan dan wujudkan tempoh bertenang.
Sama ada seorang itu isteri atau suami, kesabaran itu amat penting. Itu yang amat ditekankan oleh baginda Rasullullah dalam bab kekeluargaan. Perlu diingat isteri yang mohon cerai, mungkin rahmat bagi suami keana boleh menggelak unuk membayar nafkah, kecuali kepada anak-anak sahaja. Ada bezanya isteri yang diceraikan dan mohon diceraikan. Yang jelas setiap kita adalah bertanggungjawab terhadap apa-ap jua yang kita pimpin, hatta sebagai seorang suami atau isteri. Di akhirat pasti kita tidak akan terlepas persoalan yang sedemikian. Jadikan perbincangan jalan mengharmonikan keluarga. Yang selebihnya berserahlah kepada Tuhan Yang Maha Esa sebab DIA yang maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Berdoalah, sesungguhnya Tuhan murka jika kita tidak meminta kepadaNYA.

No comments:
Post a Comment