Sesiapa pun yang waras dan berakal, (kecuali orang yang dihukum gantung sampai mati dikahalayak ramai) tidak akan bersetuju sesuatu hukuman dilaksanakan dihadapan khalayak. Ini melibatkan soal maruah atau harga diri. Malah di pejabat sekali pun, bos yang bersikap memarahi pekerjanya dihadapan khalayak ramai kerap di cop bukan bos yang baik dan idak layak di jadikan bos. Atas sebab itu jugalah setiap ketua diberikan bilik, agar dimanfaatkan jika berlaku apa-apa ang tidak menyenangkan maka panggil pekerja terbabit dan Tanya mengapa dan mengapa. Peranan seorang bos bukan hanya memastikan mencapai kejayaan organisasi semata-mata juga memastikan kebajikan pekerja terjamin. Itulah bos yang baik.
Saya bersetuju jika merotan diamalkan disekolah, dengan syarat guru yang hendak merotan biarlah merotan disebabkan hukuman yang wajar diterima oleh murid-murid, dan bukannya merotan kerana emosi guru itu sendiri yang terganggu. Saya kerap mendengar orang berkata bahawa kerjaya sebagai cikgu hari ini tdak setaraf dahulu kerana hari ini individu memohon menjadi cikgu disebabkan factor kerja dan gaji semata-mata, dan bukannya minat. Kata seorang kawan lagi, “roh” untuk seorang guru yang mengajar kerana gaji dan bukan minat berbeza, dan itulah yang mencerminkan realiti pendidikan kita hari ini.
Pada pendapat saya mungkin ada benarnya walaupun tidak kesemuanya cikgu yang ada pada hari ini bersikap begitu. Namun kerana nila setitiklah maka susu sebelanga menjadi biru. Teringat cikgu-cikgu yang pernag mengajar saya dahulu; Cikgu Siti Rohani, Cikgu Martin, Ustaz Mahmud, Cikgu Siang, Cikgu Chong, Cikgu Abeng, Cikgu Hassan, Cikgu Jamil, CIkgu Tan, Cikgu Syed, Cikgu Norhayati, CIkgu Lily, Cikgu Azizah, Cikgu, Nyie, Uztaz Zul, Cikgu Fatimah Az-Zahra, dan banyak lagi cikgu, ustaz, ustazah, professor dan semuanya yang tidak dapat ditulis di sini. Terima kasih.
2 comments:
dulu, masa tingkatan1, saya pernah kena rotan di tapak tangan, tapi dalam bilik pengetua. sebabnya, saya tolong kawan pegang mercun roket dalam kawasan sekolah.
terima kasih, cikgu.
Zaman sekolah rendah dahulu, masa kerap di rotan ialah semasa subjek jawi dan spelling. Salah je menulis jawi di papan hitam atau tersalah spelling dalam bi, masa lepas salah akan terus menerima hadiah rotan. Sejak darjah 3 hingga 6, kena rotan pada subjek tersebut adalah lumrah.
Menjelang menengah rendah, tetap juga kena rotan cuma kurang jika dijumlah dalam setahun secara purata jika dibandingkan sebulan pada masa sekolah rendah.
Malah zaman di sekolah menengah cikgu ada senjata baharu iaitu pembaris besi dan mereka akan memukul di belakang jari (tempat letak cincin tu...)
Memang sakit, yang bestnya dengan cikgu tu sekarang jadi geng. Dulu cikgu itulah yang paling digeram dan dibenci, tapi bila dah dewasa tak sangka rapat, seperti kawan. Ada himahnya semua hukuman dizaman sekolah dahulu.
Post a Comment