Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan bahawa kerajaan akan menambah peruntukan RM100 juta ntuk tabung perkhidmatan pengangkutan awam bagi member kemudahan kepada pemandu teksi memohon lessen individu. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata bahawa kira-kira 10 ribu pemandu teksi sudah memohon dan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja selepas di tapis dakan diberikan lessen ini.
Setiap kali menaiki teksi, saya suka bertanya pemandu sama ada dia pemegang lessen individu atau lessen syarikat. Rata-ratanya mengaku hanya memandu teksi untuk syarikat dan terpaksa mencar wang untuk membayar sewa dan sebagainya. Masalah itu saya fahami dan itu adalah tanggungjawap. Baangkali semua maklum itulah hukum alamnya. Cuma yang masih dipersoalkan ialah kenapa pemantauan terhadap teksi masih “lemah” di Kuala Lumpur? Hal ini saya bangkitkan sebab masih banyak masalah teksi tidak menggunakan meter wujud di Ibu Kota ini. Itu belum lagi teksi yang memilih lokasi untuk menghantar penumpang. Kalau begitulah rentaknya, adakah bermakna teksi tidak akan masuk di Jalan TAR, misalnya, sebab alasan sesak atau jem?
Teringat kata-kata Dato Nazir Razak, ketika mengulas mengenai Bajet 2009 baru-baru ini. Katanya, “Kita kurang dari segi pelaksaan dan penguatkuasaan, walaupun arahan mengenainya sudah ada.” Kepada pihak yang bertanggungjawab, harap prihatin masalah ini.
No comments:
Post a Comment