Ada satu persoalan yang diajukan oleh seorang kawan. Jika diberi pilihan pilih satu antara tiga, yang mana satu yang akan kita pilih. Tiga perkara tersebut ialah melukakan hati seorang isteri yang jujur dan setia, meruntuhkan rumahtangga pasangan yang baharu mendapat seorang cahaya mata, atau menceritakan keburukan diri kita kepada seorang kekasih yang amat-amat kita sayang, cinta dan kasih.
Walaupun ini hanya satu soalan, dan saya dikehendaki memilih satu, namun sampai ke saat ini saya tidak tahu hendak memilih yang mana satu, sebabnya ketiga-tiga hal yang disebutkan itu besar impaknya kepada kehidupan. Jika benarlah persoalan diatas wajid dan harus kita jawab dalam kehidupan, kesannya pasti akan berpanjangan sampailah kita padam. Mungkin banyak yang tahu berhujah diluar sana membaca bloh ini dan berilah pandangan anda.
2 comments:
Pada pandangan saya pilihan ketiga adalah yang paling tepat dan terbaik.Kita kupas satu persatu pilihan yang ada. Pilihan pertama merujuk kepada seorang isteri yang jujur dan setia. Sifat2 mahmudah yang ada dalam hati dan diri seorang isteri wajar dihormati.Takkan kita sanggup ingin melukakan hati seorang isteri yang banyak berkorban dan meneruskan hidup tanpa ada yang sanggup mendengar luahan jauh dilubuk hatinya?Kupasan kedua mengenai meruntuhkan masjid yang dibina.Sebagai seorang Islam yang mempunyai jati diri yang menebal dengan ajaran Islam, IAllah tidak akan meruntuhkan masjid org lain. Apatah lagi perkara yang paling tidak disukai Allah adalah meruntuhkan tiang masjid yang dibina dengan erti kata mudah bercerai.Ditambah dengan kehadiran seoarng cahya mata yang baru hadir ke dunia untuk meneruskan ajaran Islam sekaligus memerlukan bimbingan daripada ibubapa. Semestinya pilihan ketiga yang terbaik (pada pandangan saya saudara yang bertanya sudah berkahwin). Seorang kekasih yang perkenalan bukan seabad lamanya, bukan juga seorang yang telah berkorban dan berkongsi hidup ebrsama selama belasan tahun dan rasanya hatinya tak perlu dijaga mana. IAllah dia akan cuba memahami jika status saudara pon dapat diterima walau pahit. Wajar diceritakan seburuk mana pon diri kita agar persefahaman berkekalan selamanya. Perkara paling berat pon diterima dengan redha inikan pula keburukan yang sekecil hama. Cukuplah hanya dengan segenggam tabah menghadapi hidup. Moga dapat membantu teman saudara dengan pandangan ini.
Post a Comment