Sunday, October 5, 2008

Bright Ideas?

Dunia tanpa sempadan. Penduduknya bebas menyuarakan pendapat, apa-apa jua asalkan tidak bertentengan dengan tunututan undang-undang dunia dan akhirat (sebaiknya). Maka banyak dan berlumba-lumbalah manusia menyuarakan pendapat dan buah fikiran mereka (wal hal dalam persidangan pembentang buah fikiran di bayar jika di Malaysia lah...di negara maju, yang ingin membentang yang mesti membayar).

Saya menghormati pandangan dan buah fikiran semua sebab itu hak mereka dan itulah kelebihan mereka. Cuma saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan kepada pembaca sekaliannya (macam khutbah jumaat pulak...) agar jadikanlah apa-apa jua yang kita tulis dan sarankan kepada semua pembaca, kitalah yang terlebih dahulu melaksanakannya atau paling tidak pun kita ada niat berusaha untuk melaksanakannya keseluruhannya.

Dalam dunia global yang semakin komlpleks hari ini, banyak pihak yang memberikan pendapat dan pandangan. Pada saya itu adalah suatu yang sihat dan kreatif. Tetapi yang merisaukan ialah bila pandangan berkaitan agama, walhal orang itu sendiri solat lima waktu pun tidak dijaga dengan sebaiknya. Harus bagaimana?

Ada yang berkata agama adalah soal dia dengan tuhan. Mungkin mereka mempunyai alasan yang tersendiri. Namun saya berpendirian jika sudah tidak solat lima waktu, jangan mengaburi pandangan masyarakat berhubung soal agama dan sesuatu yang berkatan dengan agama sebab itulah yang akan merosakkan umat Islam sebab idea dan pendapat yang diutarakan tidak datang dari akal dan hati yang dekat kepada tuhan. Hal inilah yang membuatkan masyarakat Islam semakin berpecah-belah. Ini sekadar pandangan saya dan jika ada yang tidak sependapat, itulah lumrah manusia yang dijadikan serupa tapi berbeza dari segi pendapat.

No comments: