Sunday, October 5, 2008

Anak Pakcik Yatim Vs. Anak Yatim.

Anak pakcik yatim atau anak yatim piatu? Setiap kali menjelang Aidilfitri maka anak-anak yatim piatu pastinya menjadi fokus semua media di Malaysia. Itu adalah lumrah kita di nusantara. Pasti akan ada siaran di televisyen yang menyiarkan kehidupan anak-anak di rumah anak yatim piatu. Pada saya itu adalah suatu yang menarik kerana sekurang-kurangnya remaja generasi hari ini boleh melihat bagaimana kehiduapan di asrama rumah anak yatim. Apatah lagi pada masa sekarang tiada aktiviti kebajikan dianjurkan di peringkat sekolah seperti membersih rumah kebajikan atau orang tua-tua seperti pada zaman persekolahan saya dahulu. Impati remaja hari ini boleh dikatakan "kureng", tetapi tidak semuanya. Namun itulah hakikat yang ditonjolkan oleh media apabila beberapa orang remaja yang sudahpun menerima wang tebusan menculik seorang remaja perempuan, bertindak kejam membunuh dan terusnya membakar mayatnya.

Berbalik kepada soal anak yatim piatu, saya tidak pasti sama ada saya tersalah dengar atau pendengaran saya "kureng". Sedang asyik "surfing" sambil mendengar suara TV, saya terdengar ucapan daripada salah seorang anak yatim yang menyampaikan ucapan selamat hari raya yang ayatnya lebih kurang begini;

"Ucapan Selamat Hari Raya ini saya tujukan khas buat emak dan ayah tercinta di kampung serta bla...bla...bla..."

Mungkin saya tersalah dengar. Apa-apapun realiti hari ini memang banyak rumah anak-anak yatim. Alhamdulillah. Cumanya, kekadang agak mushkil juga sama ada benarkah semua yang menghuni rumah anak-anak yatim kerana berstatus anak yatim?


Bukan suatu yang asing lagi bahawa banyak juga dalam kalangan masyarakat mengambil jalan mudah dengan menghantar anak-anak mereka ke rumah anak-anak yatim dengan alasan agar segalanya akan disediakan dan percuma. Pada saya jika keadaan ini tidak di cegah atau diatasi maka akan merosakkan sisitem dan fungsi rumah anak-anak yatim itu sendiri yang terdapat di negara kita. Rumah anak yatim pada fahaman saya hanya untuk anak-anak yang kematian ayah atau ibu aatau keduanya, dan penjaga tiada kemanmpuan untuk menyara kehiduapan seharian anak-anak tersebut.

Yang menjadi persoalan saya ialah kenapa kes anak-anak mangsa perceraian juga layak untuk menginap di rumah anak yatim? Alasan yang munsabah pasti kita akan dapat terima seadanya, jika benar demikian keadaannya. Kita harus ingat Islam ada pelbagai cara dan sisitemnya yang tersendiri. Kita ada Tabung Baitulmal jika untuk membantu muslimin yang kesusahan dan sewaktu dengannya. Apabila institusi rumah anak-anak yatim disalahgunakan maka akan timbul pelbagai fitnah yang boleh merosakkan imej rumah anak-anak yatim itu sendiri.

Justeru saya berpendapat, adalah wajar bagi institusi yang menjaga hal ehwal masyarakat Islam di negara ini meneliti perkara ini. Saya berpendapat jangan sudah sampai ke tahap kronik barulah tindakan sususlan dilakukan. Seperti biasa kita di Malaysia, bila sudah berlaku maka barulah riuh sekampung.

Jangan tersalah anggap. Saya tidak mempertikaikan institusi yang menjaga kebajikan anak-anak yatim. Apa yang saya pertikaikan ialah perlaksanaannya. Jangan disebabkan sikap masyarakat kita sendiri yang suka mengambil kesempatan maka semua anak-anak dimasukkan ke rumah anak-anak yatim atas sebab untuk mempermudahkan ibu dan bapa atau dalam ayat lain, meringankan bebanaan kedua orang tua. Orang miskin dan anak yatim wajib kita bela cuma yang sebenarnynya bukan yang berlakon atas dasar untuk kepentingan orang lain. Al-Maklumlah di zaman ini zakat pun orang pertikaikan inikan pula dalam bab diberikan kemudahan percuma.

Itulah pendirian saya.

2 comments:

Denanz ... said...

saya takda ayah. maka saya anak yatim, kan?
tapi .. kenapa saya tak dapat apa-apa bantuan pun ...

Zaid@Zaidel said...

Persoalan itu yang pelik, kan. kenapa tak dapat apa-apa bantuan pun. Dari satu segi kita boleh katakan dikriminasi, kan. Adakah sebab sudah bekerja tidak diberi bantuan. Mungkin ada bantuan lain yang diterima tanpa sedar kita...heheheheh...