Saturday, September 6, 2008

Nasib Ramlang Porigi...

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi bakal dikenakan tindakan disiplin kerana terbabit secara langsung dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru- baru ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali berkata, pihaknya sedang meneliti bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap imam berkenaan kerana melanggar etika tugas dengan terbabit dalam politik."Saya akan lihat prosedur kerajaan yang sesuai sebelum tindakan dapat diambil," katanya kepada Utusan Malaysia, pada 5 September 2007.

Sebagai kakitangan awam semua sedia maklum bahawa mereka adalah tertakhluk kepada peraturan. Saya berseuju dalam bab itu, sebab dengan peraturan maka semuanya akan teratur dan terurus dengan sebaiknya.Cuma dalam kes Ramlang Porigi yang mulai terkenal dengan kes sumpah ini, saya berpendapat ada baiknya pihak yang berkenaan meneliti dahulu persoalan kenapa dan mengapa dia (Ramlan Porigi) perlu berada di pentas PKR semata-mata untuk membersihkan namanya.

Pada saya Ramlang mungkin tertekan lantaran semua penyokong Datuk Seri Anwar seolah menyalahkan beliau bila isu sumpah mulai menjadi isu utama khususnya ketika kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh. Malah di kem Barisan Nasional juga, isu sumpah yang secara tidak langsung memaparkan Ramlang sebagai iman yang kononnya memperakukan sumpah Saiful.

Persoalan sekarang ialah adakah pihak JAWI pernah atau berusaha untuk membantu imam berkenaan untuk menjelaskan kedudukan yang sebenar disaat imam tersebut "dihentam" secara teruk didalam internet, khususnya menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh? Barangkali pihak JAWI tidak merasai tekanan iman berkenaan di ketika semua pihak mendedahkan siapa imam berkenaan di dalam internet dan blog. Jika artis yang sememangnya sudah terkenal pun mengaku kalah bila hal peribadi tersiar dalam internet masakan pula seorang imam, apatah lagi yang disairkan ialah aib.

Saya berpendapat, jika pihak JAWI hendak menambil tindakan sekalipun keatas imam tersebut, biarlah dalam keadaan pihak JAWI mendengar terlebih dahulu penerangan dan penjelasan daripada beliau. Saya pernah terbaca sebelum ini dalam sebuah blog bahawa imam tersebut menegaskan bahawa dia terpaksa berada di pentas PKR di Permatang Pauh, sebab hanya dengan cara itu sahaja beliau dapat menjelaskan semuanya fitnah yang dilontarkan oleh pelbagai pihak terhadap dirinya. Lagipun, jelas beliau, hanya pihak PKR yang ada menjemputnya.

Saya tidak menyokong sesiapa dalam hal ini, cuma saya berpendapat jentera kerajaan haruslah bersikap profesional dalam hal seperti ini dan tidak dibayangi oleh sindorom politik. Semua umat manusia di dunia ini mahukan kehidupan yang tenteram dan aman. Justeru, hal ini haruslah dimulakan oleh pihak yang berkuasa terlebih dahulu sebab kuasa hanya ada pada tangan mereka yang berkuasa.

1 comment:

azlishukri said...

perkara ini tidak akan jadi serius jika media tidak membesar-besarkan isu beliau.