Saturday, August 23, 2008

TPM Pun Bersumpah.

Akhbar Utusan Malaysia 23 Ogos 2008 menyiarkan berita bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak melafazkan sumpah di hadapan jemaah Masjid Guar Perahu, bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu. “Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya. Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Selepas membaca Utusan Online sesudah subuh tadi fikiran asyik bertanya, kenapa TPM perlu bersumpah berhubung isu tersebut. Mungkin beliau ada prinsip yang harus dipertahankan. Apa-apa jua, saya tetap dengan pendirian saya bahawa apa-apa jua isu berkaitan sumpah, lebih-lebih lagi yang melibatkan kita dengan Tuhan Yang Maha Perkasa, biarlah antara diri kita dengan Tuhan sahaja. Bila melibatkan media, maka pelbagai "resipi" baharu akan muncul. Jika tidak percaya tunggulah selepas ini...

Pix by AP

No comments: