Sebagai rakyat Malaysia, saya amat bersyukur dengan penurunan harga tersebut. Cuma, bila difikirkan secara mendalam penurunan harga tersebut pastinya tidak akan "merebak" kepada harga barangan lain yang sememangnya sudah naik sejak pengumuman kenaikan pada Jun lalu. Yang paling ketara, harga barangan tetap akan naik. Malah sewa rumah dan bilik di sekitar Kuala Lumpur juga mengalami kenaikan harga, walhal yang naik sebelum ini ialah harga minyak. Persoalannya, apakah daya rakyat untuk menyekat kenaikan jika tiada tindakan drastik di pihak kerajaan yang berkuasa? Untuk makluman, indeks harga pengguna (CPI) Malaysia pada Julai lalu meningkat 8.5 berbanding 7.7 pada Jun lepas. Renungkanlah...
Pix by Bazuki Reuters
No comments:
Post a Comment