
Yang paling mengejutkan saya ialah apabila demontrasi tersebut bukan hanya berlaku di UITM Shah Alam sahaja, malah merebak hampir kesemua kampus UITM di seluruh negara. Maka keluarlah beramai-ramai siswa-siswi UiTM berdemotrasi, merasai suatu pengalaman yang tidak pernah mereka rasai selama ini. Syabas mahasiswa UiTM. Pastikan anda semua sentiasa bergerak menegak kebenaran, walaupun banyak persoalan berhubungan demontrasi yang kalian lakukan baru-baru ini. Media arus perdana pun mulailah berkokok dengan pelbagai komen pemimpin kerajaan.
Amat pelik sekali isu yang dibantah berdasarkan kepada cadangan yang dikemukankan oleh Khalid yang hanya semata-mata cadangan tanpa boleh mengubah dasar sedia ada UiTM yang ditetapkan oleh kerajaan pusat. Khalid sendiri tidak ada kuasa kerana beliau hanyalah Menteri Besar dan bukannya Menteri Pengajian Tinggi yang ada kuasa ke atas UiTM.
Mungkin ramai yang tidak menyokong cadangan Khalid, namun amat pelik sekali apabila isu ini sengaja diperbesarkan dalam media sedangkan cadangan Khalid tidak akan menjadi barah kepada kerajaan pusat untuk mengubah dasar UiTM. Malah saya amat yakin cadangan itu hanya "atas angin" tidak akan kemana-mana sebab siapalah Khalid untuk mengubah perkara tersebut.
No comments:
Post a Comment