Rev Bolly, “Tanda peringatan dan penghargaan bagi keluarga Brooke ini akan dilakukan dengan penuh rasa hormat dan penuh istiadat,” (Utusan Borneo 16 April 2008)
Apa Kata Menteri Bertanggungjawab.
Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, memang tidak dinafikan arahan memindahkan kubur berkenaan dikeluarkan oleh Lembaga Amanah Masjid Negeri Sarawak, bagaimanapun lembaga itu dipercayai tidak berbincang dengan ahli keluarga waris jenazah-jenazah di tanah perkuburan berkenaan. Katanya, perkara itu tidak membabitkan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) memandangkan lembaga itu mempunyai bidang kuasa dalam perkara mengenai tanah perkuburan Islam di negeri ini dan keputusan dilakukan sendiri oleh pihak tersebut.
Tambahnya, beliau mengaku tidak mengetahui tujuan pemindahan kubur tersebut namun difahamkan penggalian kubur berkenaan adalah mengelak pemandangan di kawasan itu nampak kurang elok memandangkan lokasinya berhampiran dengan jalan utama di bandar raya ini. (Utusan Malaysia 16 Ogos 2008)
Komen saya:
Kalau alasan LAMNS mengalih kubur tersebut hanya semata-mata untuk mengelak pemandangan di kawasan itu nampak kurang elok memandangkan lokasinya berhampiran dengan jalan utama di bandar raya ini, maka saya harap pihak LAMNS cubalah meninjau di sekitar Jalan Pendrissen (Batu 4 dan Batu 5) kerana banyak lagi kubur yang terdapat sepanjang jalan tersebut dan tiada pula kedengaran pihak berkenaan mengalihkan kubur tersebut untuk menggelak pemandangan yang kurang elok. Malah di taman permainan Muzium Sarawak, ada kubur di dalam kawasan permaian dan rekreasi, dan tiada pun pihak mempertikaikan hal tersebut.Persoalan saya juga ialah kenapa LAMNS dan JAIS seolah tidak sepakat dalam hal tersebut?
Pix by The Star
No comments:
Post a Comment