Monday, June 2, 2008

Tahniah Penduduk Bandar Mahkota Cheras!


Bandar Mahkota Cheras tiba-tiba menjadi terkenal dalam sekelip mata berikutan bantahan penduduk berhubung pembinaan halangan oleh syarikat konsesi, Grand Saga. Paparan pihak media bahawa penduduk disekitar kawasan tersebut bergotong-royong mengalihkan halangan batu yang merupakan bongkah batu besar, dan menjaga laluan lalu-lintas kawasan tersebut sememang menarik perhatian saya. Masih ada lagi budaya bergotong royong dalam masyarakat Malaysia.

Cuma dalam kes tersebut, pada fahaman saya ialah mereka membuka laluan sebab untuk memendekkan perjalanan. Jika lalun tersebut ditutup dengan halangan maka penduduk di sekitar kawasan tersebut terpaksalah menggunakan jalan jauh dan paling sedih terpaksalah mereka membayar tol. Dan peristiwa itu berlaku pada masa yang tepat iaitu menjelang pilihan raya dan selepas pilihan raya. Masing-masing ahli politik hendak menunjukkan siapa yang menjadi "hero".

Pada saya, hal masyarakat wajar diutuskan oleh masyarakat, yakni pihak berwajib sama ada pejabat dearah atau paling tidak pun biar mahkamah memutuskannya. Menurut perkembangan melalui akhbar, mahkamah memberikan lampu hijau kepada Grand Saga untuk menutup laluan tersebut. Berdasarkan situasi sekarang, nampak gayanya banyak pihak mulai akur dengan kehendak penduduk di situ, dan akhirnya Grand Saga mengalihkan semula halangan tersebut sebab akur dengan kehendak pihak berkuasa, tapi bukan mahkamah.

Persoalannya, jika semualah penduduk di Malaysia bertindak demi menggelakkan tol dan bertindak serupa penduduk bandar Mahkota Cheras, adakah kerajaan dapat membenarkan? Saya cuma risau, sebab terlalu menjaga segelintir perasaan sesetengah pihak, ada pihak lain yang kita nafikan haknya.

Gambar ehsan Malaysiakini

No comments: