Monday, June 9, 2008

Projek Mega ditangguhkan Lagi dan Lagi...

Kerajaan bercadang hendak tanggungkan dulu projek mega. Itu kata Utusan Malaysia hari ini. Setelah diwara-warakan koridor sana, koridor sini, tup-tup kerajaan nak tanggungkan dulu projek mega. Pada saya projek mega tu tidak mustahil termasuk koridor. Paling tidak pun projek membuat jalan keretapi, laluan komuter, dan sewaktu dengannya.

Bukankah bila ditanggungkan dulu projek yang telah diwara-warakan akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi? Harga besi dan simen dan tiada harga siling lagi. Hal ini gara-gara pelancaran koridor yang bersifat serentak. Akibatnya harga bahan binaan menjadi melambung. Justeru, kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini...

2 comments:

Anuar Manshor said...

Zaidel,
Aku ingat lagi alasan kerajaan dulu semasa menaikkan harga minyak. Alasannya, mahu memperbaik sistem pengangkutan awam. Yang nyata, lihatlah sendiri.

Muhammad Azli Shukri said...

dah semacam tidak kena dengan dasar ekonomi pak lah ni..banyak mengarut dah la ni..