Sunday, June 15, 2008

New York Cheese Cake

Saya bukanlah pengemar kek, apatah lagi kek dari jenis keju atau cheese. Tapi jika dihidangkan tidaklah saya akan menolak. Nak dijadikan cerita seorang kawan rapat saya ni suka yang amat sangat makan cheese kek terutamanya New York Cheese Cake di Secret Recipe. Tak tahu kenapa dia minat sangat cheese kek ni dan paling saya tak faham dia memberitahu saya bahawa New York Cheese Cake yang paling sedap ialah di Secret Recipe. Apa-apa pun, saya hormati minat dan selera dia berhubung New York Cheese Cake ni. Yang jelas saya lebih gemar dan berselera jika dapat makan cucur udang atau cucur ikan bilis....Kepada sesiapa yang tahu kenapa New York Cheese Cake ini dikatakan amat sedap, beritahulah kepada saya....

No comments: