
Pendapat saya, terpulang pada kreativiti iklan untuk menarik perhatian pengguna. Namun, bila keadah yang tidak sensitif digunakan maka seharusnya iklan itu dihentikan atau diperbaiki jangan sampai menjatuhkan bahasa kebangasaan umat bangsa Malaysia yakni Bahasa Melayu. Saya bukanlah fatanik bahasa atau pejung bahasa, tetapi saya adalah salah seoang warganegara Malaysia yang brmaruah. Melihat iklan tersebut memang mudah terasa, betapa bahasa rasmi kebangsaan kita seolah dihina. Saya amat yakin setiap individu di Malaysia mempunyai pendirian berhubung kepentingan untuk menguasai bahasa Inggeris, dan semua pasti akan bersetuju menguasai bahasa kedua selain bahasa ibunda amatlah dialu-alukan.
Cuma janganlah kerana bahasa lain, bahasa kebangsaan kita sendiri "dipelekehkan". Dalam konteks kita bangsa Malaysia language of the people kita adalah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Seharusnya pihak NST lebih prihatin...
No comments:
Post a Comment