Monday, June 23, 2008

Melayu lagi dan lagi...

Saya banyak mendapat maklum balas berhubung penyiaran kisah ketam dalam blog baru-baru ini. Ada antaranya berbentuk komen, pendapat dan minta pandangan. Jadi disini suka saya ingin berkongsi maklumat hasil Kongres Permuafakan Melayu yang berlangsung di Johor Baharu pada 2-4 Mei lalu. bukan resolusinya yang ingin saya ketengahkan di sini tapi salah satu intipati kertas kerja oleh Dr. Thock Ker Pong, pensyarah di fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.

Beliau berkata dalam kertas pembentangannya yang bertajuk "Sentimen Politik dalam NGO Cina" bahawa yang menentukan masa depan orang Cina dalam konteks Malaysia ialah Persatuan pendidikan Cina, Dewan Perniagaan Cina, akhbar cina dan jaringan Cina di seberang laut. Bab yang paling menarik dalam pembentangan beliau ialah apabila beliau menjelaskan bahawa parti politik Cina hanya menjadi alat untuk menyuarakan aspirasi kaum Cina sahaja. Bukan yang menentukan halatuju kaum CIna di Malaysia.

Cuba renung kembali betapa berbezanya persepsi kita dengan kaum cina.

No comments: