Tuesday, June 17, 2008

Kisah Pemimpin Kita

Kebiasaanya bila kita terpaksa berurusan dengan seoang yang bergelar ahli parlimen atau menteri, yang mula terbayang dikotak fikiran kita ialah karenah hendak bertemu dan menetapkan tarikh temu janji. Apabila memikirkan hal tersebut, kekadang boleh membantutkan motivasi kita. Bagi kalangan warga wartawan, situasi seperti itu adalah lumrah. Hendak mendapatkan sedikit komen pak menteri pun kekadang terpaksa buat temu janji. Walhal komen tersebut untuk disiarkan dalam akhbar keesokkan harinya.

Pengalaman selepas PRU ke-12 ini bergitu menarik sekali untuk saya kongsikan bersama. Ada bezanya ahli parlmen Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Rakyat (PK). Ahli parlimen PK mudah ditemui dan tidak perlu temu janji, malah kita boleh dengan mudah dan senangnya untuk sms kepada mereka. Berbanding ahli parlimen BN, terpaksa buak temu janji. Jika yang bertaraf menteri lagilah. Mujurlah saluran sebagai wartawan mempunyai hubungan yang banyak maka dapatlah pada akhirnya berhubung dengan pak menteri BN. Itulah realiti pemimpin kita pada hari ini.

1 comment:

Anonymous said...

Saya suka kartun hijau ni. Comel.