Tuesday, June 17, 2008

Kemana Menghilang Lelaki Malaysia?

Pelajar lelaki semakin "tandus" di IPT. Realiti itulah yang berlaku sekarang. Kemuncaknya didedahkan oleh Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Aminah Ayob, dalam Utusan Malaysia hari ini.

Senario ini semua orang tahu. Pergi sahaja ke mana-mana universiti atau maktab perguruan, maka pasti akan kelihataan banyak gadis banding teruna. Kesan jangka panjang nanti ialah semua jawatan penting dikuasai kaum hawa. Kaum Adam hanya mengikut sahaja. Persoalan yang paling besar sekali akan berlaku dalam sosial masyarakat Malaysia Melayu berhubung perkara ini ialah mengenai soal kawin. Logiknya masyarakat Melayu akan membuat perbandingan, si gadis yang kerjayanya hebat seharusnya digandingkan dengan silelaki yang sama hebatnya. Malangnya ketika itu, jika hal ni tidak diatasi akan bertambah parah. Diharapkan persoalan sosial ini diberi perhatian oleh pemimpin kita atau Malaysia musnah sebab sosialnya di masa hadapan. Di mana lelaki di Malaysia? Ada di universiti serenti dan penjara abadi, sebenarnya.

1 comment:

RinG said...

saya pun dah malu nk berjalan kalau di kampus. mcm termasuk dalam tandas pompuan pulak rasanya. haha