Monday, June 2, 2008

Ayat Nak Bercinta?

Anda berminat membaca novel? Jika ya, silalah pergi ke kedai buku berhampiran dan carilah novel bertajuk Ayat-ayat Cinta, hasil karya Habiburrahman.

Novel ini berkisah tentang perjalanan cinta dua anak manusia yang berbeza latar belakang dan budaya; satu mahasiswa Indonesia (Fahri) yang menangguk ilmu di Universiti Al-Azhar, Mesir dan seorang lagi siswi asal Jerman, kebetulan juga belajar di Mesir. Kisah cinta berputik semasa dalam sebuah perdebatan sengit (tentunya tentang Islam) di tren. Namun tidak hanya Aisha sahaja yang menyimpan rasa kagum dengan Fahri, Maria, gadis Mesir tetangga Fahri juga sama. Begitu juga dengan Noura, perawan malang warga Mesir yang diselamatkan Fahri dari kekejaman dan kerakusan ayahnya sendiri.

Kisah bergerak seputar perjalanan belajar tetapi pada masa sama kebijakan Fahri mengatur kehidupan seterusnya.Bijaknya penulis ini, beliau menggambarkan Mesir, saksi pembelajaran dan percintaan Fahri, gadis-gadis Mesir seperti asli. Beliau melukiskan bagaimana sekelompok mahasiswa Indonesia berdepan kesukaran belajar tetapi pada masa sama kerinduan melayan gelodak rasa anak muda dengan penuh sopan dan tertib.Itu barangkali tidak menghairankan kerana Habbirurahman sendiri pernah belajar di Mesir.

Menggunakan bahasa yang sederhana mengalir, penulis buku ini menggerakkan hidup insan dua budaya dengan bijak sekali. Begitu juga tentang cinta rentas budaya , Indonesia-Mesir, terutama dengan Maria dan Aisha, yang menjadi penganut Kristian yang setia sedangkan Fahri pengikut Islam yang taat. Dan di tengah-tengah kerancakan penerbitan novel cinta sedikit membuai dan melalaikan, membaca kisah cinta Islami sebegitu terasa begitu romantik, penuh suci dan tertib .

Karya Habiburrahman lain ialah Ketika Cinta Berbuah Syurga (2005); Di Atas Sajadah Cinta (2004); Pudarnya Pesona Cleopatra (2005); Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 dan Dalam Mihrab Cinta. Sebelum saya terlupa, jika kekeringan RM nak membeli, silalah surfing dan cari novel tersebut dalam bentuk pdf fail dan silalah cetak untuk di baca...

2 comments:

Anonymous said...

AYAT-AYAT CINTA antara novel paling best saya pernah baca!
Itupun setelah kawan saya dari Indonesia beritahu tentang novel nie.
Tapi, tak dapat lagi tengok filem Ayat-Ayat Cinta. Kat maner nak dapat eh?

Zaid@Zaidel said...

Dgr khabarnya filem ini akan ditayangkan di pawagam di Malaysia pada hujung bulan ni. Sama-samalah kita tunggu, k.