
Dalam perbualan maya dengan beberapa orang yang kebetulan dalam talian, rata-rata mereka memberitahu mereka terlupa akan bahaya dalam alam maya ini, terutamanya yang berkaitan gambar peribadi. Justeru, beringatlah sebelum lupa. Jangan beranggapan jumlah penduduk dunia yang banyak serta pengguna internet yang banyak di muka bumi ini akan menyebabkan orang tidak akan mengenali kita. Saya teringat kisah seorang gadis yang dipaparkan dalam akhbar sensasi sebelum ini. Nak dijadikan cerita sehari sebelum akad nikah, rakaman video gadis tersebut bersama bekas kekasihnya di temui di dalam You Tube oleh saudara di sebelah lelaki, dan menggunakan alasan itu keluarga pihak lelaki membatalkan perkawinan anak mereka, serta merta.
Bakal pengantin lelaki yang ditanya kenapa tidak meneruskan perkawinan tersebut menjawap kepada wartawan, jika seorang perempuan dan seorang lelaki telah berada bersama-sama di dalam bilik, apalah lagi yang mereka akan lakukan. Tepuk dada tanya selera. Jadi, waspadalah selalu, khususnya kepada sesiapa sahaja yang bergelar manusia.
1 comment:
salam.. saya sudah link blog awak dalam blog saya..
Post a Comment