Friday, May 30, 2008

"Kerana Perempuan Melayu"...

Hampir 100 pelajar di sebuah kolej di Mantin merusuh, gara-gara hendak “menyelamatkan” cinta seorang gadis Melayu dengan seorang pelajar Afrika. Menurut siasatan polis Negeri Sembilan, beberapa pelajar Melayu dan penduduk sekitar kolej yang tidak senang dengan hubungan tersebut menyerang lelaki Afrika itu. Serangan sekumpulan 20 hingga 30 lelaki Melayu menyebabkan dua lagi rakan mangsa, juga dari Afrika, turut mengalami kecederaan. "Seorang daripadanya dilaporkan parah selepas patah bahagian tangan, manakala dua lagi pelajar berkenaan dibenarkan pulang selepas dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja'afar," kata ketua polis negeri Datuk Osman Salleh.

Menurut polis, kedua-dua pihak bersenjatakan kayu dan kejadian itu dikelaskan sebagai merusuh. Mereka disiasat bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat setakat ini. Menurut akhbar itu lagi, hampir 50 pelajar Afrika berkumpul di hadapan flat kediaman mereka di sebuah taman perumahan di Mantin sambil memegang beberapa batang kayu besbol dan besi. Mereka menjerit meluahkan rasa tidak puas hati apabila rakan-rakan mereka dibelasah sekumpulan lelaki Melayu. Sukarnya nak selesaikan masalah cinta hingga terjadi hal sebegini...

No comments: