Hari ni saya santai di Starbuck sambil melayari Internet dengan maksud mudah-mudahan mendapat idea untuk menulis tugasan. Lain yang ditunggu, ilham lain yang muncul. Isu yang saya nak beritahu kali ini ini ialah gelagat perempuan Melayu kita yang suka dan sering mletakkan gambar peribadi mereka di alam maya. Pada saya perbuatan mereka tidak salah, cuma yang salahnya ialah segelintir pengguna, lelaki khususnya, yang ambil mudah gunakan gambar orang lain dan masukkan ke dalam laman You Tube. Kemudian letakkan tajuk yang menjadi tarikan kepada kaum lelaki. Jika gambar beramai-ramai mungkin sukar untuk bertindak demikian. Yang kerap menjadi mangsa ialah yang meletakkan gambar peribadi seorang diri khususnya yang close-up.
Dalam perbualan maya dengan beberapa orang yang kebetulan dalam talian, rata-rata mereka memberitahu mereka terlupa akan bahaya dalam alam maya ini, terutamanya yang berkaitan gambar peribadi. Justeru, beringatlah sebelum lupa. Jangan beranggapan jumlah penduduk dunia yang banyak serta pengguna internet yang banyak di muka bumi ini akan menyebabkan orang tidak akan mengenali kita. Saya teringat kisah seorang gadis yang dipaparkan dalam akhbar sensasi sebelum ini. Nak dijadikan cerita sehari sebelum akad nikah, rakaman video gadis tersebut bersama bekas kekasihnya di temui di dalam You Tube oleh saudara di sebelah lelaki, dan menggunakan alasan itu keluarga pihak lelaki membatalkan perkawinan anak mereka, serta merta.
Bakal pengantin lelaki yang ditanya kenapa tidak meneruskan perkawinan tersebut menjawap kepada wartawan, jika seorang perempuan dan seorang lelaki telah berada bersama-sama di dalam bilik, apalah lagi yang mereka akan lakukan. Tepuk dada tanya selera. Jadi, waspadalah selalu, khususnya kepada sesiapa sahaja yang bergelar manusia.
1 comment:
salam.. saya sudah link blog awak dalam blog saya..
Post a Comment