Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts

Monday, December 5, 2011

Mengundi Di Atmosfera

Beberapa minggu yang lalu, ada disiarkan dalam akhbar berhubung demo oleh warga Malaysia di luar negara kerana mereka tidak dibenarkan mengundi dalam setiap kali pilihan raya. Alasan yang diberikan, mereka tidak dibenarkan mengundi secara pos kerana berada lama di sesebuah negara. Hanya pegawai dan kakitangan kedutaan sahaja yang mengundi secara pos di luar negara. Bagi rakyat Malaysia yang lain, belum ada arahan atau dibolehkan berbuat demikian.


Pada saya dengan memandangkan perkembangan teknologi teknologi yang telah berkembang pesat pada hari ini, maka ada baiknya kerajaan yang ada sekarang menimbang semula akan perintaan rakyat Malaysia yang berada di luar negara ini untuk mengundi.


Hal ini kerana, jika di Russia, angkasawan mereka tetap menjalankan kewajipan mengundi walau tidak berada di planet Bumi, malah berada 350 dari planet Bum, maka adalah tidak munasabah rakyat Malaysia yang bertaburan di planet Bumi ini tidak dibenarkan mengundi. Tiada alasan untuk tidak melaksanakannya kerana hampir disetiap negara yang terdapat warga Malaysia, ada pejabat kedutaan kita di situ. Maka tidak salah jika tanggungjawab sekali untuk 5 tahun itu dilaksanakan oleh pihak keduataan demi negara tercinta.


Saya petik kenyataan berita seperti dibawah untuk renungan kita bersama. MOSCOW: Dua angkasawan Rusia, Anton Shkaplerov, 32, dan Anatoly Ivanishin, 42, membuang undi bagi pilihan raya Parlimen Rusia dari ruang angkasa semalam, lapor agensi berita Interfax. Dua orang krew Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) itu membuang undi pada altitud 350 kilometer dari Bumi menggunakan talian ke pusat kawalan misi di Moscow. Mereka berada di orbit sejak November dan dijangka akan pulang ke Bumi pada bulan Mac tahun depan.

Thursday, May 22, 2008

Dimanakah kanak-Kanak Hilang?

Sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dan hanya 114 kanak-kanak berjaya ditemui semula, kata menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Datuk Dr Ng Yen Yen berkata, 1,168 kes budak hilang dilaporkan tahun lepas, manakala 1,478 kes pula pada 2006. Bercakap ketika merasmikan Bengkel Dasar Perlindungan Kanak-Kanak dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak, beliau berkata statistik selama dua tahun itu menunjukkan 21 peratus penurunan jumlah kes. Yen Yen menambah, secara purata 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan.