Tuesday, December 20, 2011

Khabar Gembira & Duka SBPA

Umum mengetahui, bila bercakap soal kepimpinan, kita dinasihati agar dengar-dengar dan pandang-pandang. Kalau budak menyampuk tatkala orang tua sedang bersembang, budak akan dimarahi. Jika itu budak taulah kita. Memang wajar pun. Tapi kalau orang dewasa yang dah terlebih akil baligh memberikan pandangan dalam isu berkaitan orang dewasa apakah hukuman yang akan diperolehinya?

Kerap didengar, gunakan saluran yang betul ddalam semua dan banyak perkara. Namun, amat dikesali. Saluran yang diharapkan tidak menjadi, dan akibatnya yang 'tidak menggunakan saluran yang betul' akan dihukum dan diadili dan diakhiri dijatuhkan hukuman.

Seharian tadi, secara sukarela mendengar taklimat berkaitan perkeliling baharu yang kecoh kalangan penjawat awam sekarang. Niat pertama untuk hadir ialah untuk melihat Lampiran C yang akan menyentuh hal berkaitan kenaikan gaji. Secara jujurnya, tidak mendengar tadi pun tidak akan mendatangkan masalah sebabnya perkeliling asal sudah dikeluarkan oleh pihak JPA. Kehadiran secara sukarela tadi adalah untuk mendengar secara telus berhubung perkeliling dan opsyen yang akan diberikan.

Usai setelah 2 jam, rupanya banyak juga benda berkaitan perkeliling ini yang tidak menyenangkan pihak yang mendengar. Antaranya yang boleh disimpulkan kepada semuanya ialah perkeliling dan skim perkhidmatan yang baharu ini hanya menguntungkan pihak yang lebih atas.

Persoalan yang ditanya kebanyak pekerja ialah, adakah kejayaan sesuatu diprojek atau operasi di pejabat kerajaan hasil 100% pekerja atasan? Begitu juga plan dimana yang menyertai swasta boleh masuk semula ke perkhidmatan kerajaan, adakah keistimewaan ini berlaku kepada yang bergelaqr pekerja kategori pelaksana? Sudah tentu tidak...keistimewaan iuni hanya untuk big boss yang si atas sana yang sudah mempunyai network yang kuat.

Mana mungkin seorang pekerja kategori pelaksana mahupun P&P diberikan keistimewaan seumpama itu jika tidak mempunyai kabel yang kuat. Seperkara yang paling pelik ialah kenapa pihak kongres perkhidmatan awam tidak diajak berbincang dan merangka skim perkhidmatan yang baharu ini. Khabarnya pihak berkenaan tidak berpuas hati dan meminta kakitangan awam untuk tidak menandatanganinya.

Pasti tidak ada kakitangan awam yang akan ikut saranan kesatuan, kerana barang siapa yang tidak menandatangani opsyen dan menghantar sebelum 30 Disember 2012, maka dia boleh diberhentikan perkhidmatan. Siapa yang berani berbuat demikian? Lainlah ayahku seorang yang mempunyai pendapat tahunan 250 juta Malaysia setahun.

Banyak pihak yang agak kecewa dengan penjelasan dan mendengar apa yang disebut sebagai taklimat tadi. namun, sebagai kakitangan awam, kami akur dan taat. Bukan kerana gaji semata-mata. Tapi kami ingin melihat Malaysia terus mantap dan maju dalam perkhidmatan awam dalam kelasnya yang tersendiri.

No comments: