Isu sejarah negara amenjadi bualan lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Persoalan sama ada sejarah kita adalah fakta atau rekaan semata-mata kebelakangan ini seolah membayangkan kepada kita ada yang tidak kena kepada catatan sejarah kita selama ini. Adakah sejarah kita digubal hanya untuk kepentingan sesuatu kelompok masyarakat sahaja, atau sejarah yang berdasarkan fakta yang sebenar?
Antara persoalan yang kerap ditanya selama ini ialah siapa sebenarnya pejuang negara.Jika penulis ditanya, maka penulis akan menyenaraikan sebelum dan selepas negara merdeka. Selepas merdeka, semua pengawal keselamatan negara kita termasuk anggota tentera dan polis, begitu juga yang orang perseorangan yang menyumbang idea dalam menjana pembangunan fizikal dan rohani anak bangsa. Mereka ini adalah pejuang dan mungkin senarai nama mereka terlalu panjang untuk diabadikan.
Hal yang menimbulkan perbualan rancak sekarang ini ialah adakah mereka yang bekerja dengan British sebelum merdeka, boleh dianggap sebagai pejuang negara juga? Dan mereka yang menentang British wajarkah semuanya kita label sebagai pejuang negara.
Di Sarawak sendiri, misalnnya, peranan yang dilakukan oleh Rosli Dhoby dan rakan-rakan, sehingga ke saat ini masih juga kedengaran segelintir yang mempertikaikannya. Jika diukur dari segi tindakan mereka yang membunuh seorang yang bertaraf Gabenor British, maka itu pada penulis adalah perjuangan terbesar dalam usaha kita untuk mencapai kemerdekaan.
Hujah penulis, berdasarkan konsep keorganisasian, jika hendak melumpuh sesuatu sistem, maka kepalanya haruslah dikorbankan dahulu. Malangnya dalam hal berkaitan peristiwa tersebut, misi membunuh yang utama (ketua penjajah) sudah menjadi kenyataan, cuma tindakan susulan tidak dilakukan yang seharusnya merupakan sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang.
Tidak kurang juga yang bercakap-cakap sehingga sekarang ini, siapa perjuang kemerdekaan sebenarnya di Sarawak? Penulis juga kerap mendengar cakapcakap generasi muda sekarang yang seoalah mempertikai beberapa nama besar di sarawak, bila dikaitan sebagai pejuang.
Dalam FB sejak kebelankangan ini terut diadakan perbicangan berhubung isu pejuang sebenar di negeri ini. Penulis suka membaca perbincangan yangs demikain dan ada juga pengatahuan yang diperoleh, dan seterusnya mencari kebenaran berdasarkan maklumat yang ada dalam Internet.
Jika hari ini seorang itu berkerja dengan pihak British yang menjajah negara kita, dibayar gaji oleh pihak British, adakah kita boleh disebut sebagai pejuang? Bagaimana keadah masyarakat atau ahli sejarah mengkategorikan seseorang itu pejuang?
Jika pada zaman penjajahan seseorang itu secara tuntas menentang Brtish dan yang berkaitan dengan British termasuk anak tempatan yang bekerja dengan British, ada layak diberi gelaran pejuang juga, sebab pada masa yang sama beliau memang menentang penjajah?
Persoalan inilah yang belum terang lagi terjawab sehingga ke hari ini dan seharusnya selepas 50 tahun merdeka kita jelas dan terang akan hal ini.

No comments:
Post a Comment