Hari ini hari raya yang ke-4. Selama ini kita diberitahu sambutan raya paling minimun ialah 7 hari. Maknanya ada 3 hari lagi raya akan berakhir jika pengiraan itu digunakan. Isnin hadapan sekolah sudah bermula dan pastinya minggu yang sibuk dengan semua orang pergi bekerja dan bersekolah. Puratanya raya akan disambut 6 hari sahaja. Realitinya Syawal itu sebulan. Jadi kepada sesiapa yang nak beraya sebulan Syawal itu dipersilakanlah. Tidak ada siapa yang akan melarang atau memarahi anda untuk berbuat demikian.
Rumah Terbuka, istilah yang kerap kita dengan bila musim perayaan. Kekadang penulis tersenyum sorang bila membayangkan istilah tersebut bila menjelang aidilfitri. Apa tidaknya, jika benar kata orang tua dulu-dulu sambutan Aidilfitri itu 7 hari atau sebulan, kenapa istilah itu digunakan seolah sebagai "lesen" untuk masyaraka Islam di Malaysia yang menyambut Aidilfitri hanya membuka sehari sahaja rumahnya, yakni pada hari rumah terbuka, dalam tujuh hari (minimum)?
Itu belum lagi kalau kita ke rumah pemimpin yang hanya beraya satu hari sahaja, yakni pada hari rumah terbuka (ini menurut seorang kawan yang tinggal bersebelahan rumah yang bergelar YB). Nampak gayanya, kelaziman raya seperti pada zaman kanak-kanak dahulu kian kikis mengikut masa. Siapakah yang harus memberi perhatian akan hal seperti ini? Selamat Adilfitri, dan Maaf Zahir Batin.