Tuesday, May 25, 2010

Sijil Sakit Haram!


Tiga peratus daripada 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka, demikian menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), yang dipetk oleh BERNAMA.

Jika orang awam membacanya, sekaligus kenyataan tersebut membayangkan betapalah kakitangan awam sehingga terarah ke arah perbutan tersebut. Penulis beranggapan apa yang berlaku pasti ada sebabnya. CUEPACS selaku tonggak harapan kakitangan awam dalam memperjuangan pelbagai perkara berkaitan awam (termasuk bonus), wajar mencari jawapan kenapa hal ini berlaku.

Penulis berkata demikian kerana mungkin ada sebabnya kakitangan awam meminta cuti sakit, dan terpaksa berbohong untuk mendapatkan cuti sakit. Atau mungkin juga ada majikan yang tidak meluluskan cuti rehat yang sudah dimohon sekalian lama.

Pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi situasi ini. Antaranya situasi kerja, atau persekitaran kerja. Penulis sendiri kerap kali diberitahu oleh kakitangan awam, bahawa kerja banyak sekalipun tidak akan menjadi masalah jika persekitaran dan suasana kerja menarik.

Tetapi ada sesetengah jabatan atau agensi kerajaan, ketua hanya tahu mengarah tanpa memahami apa-apa yang diarah. Bila keadaan ini berlaku maka inilah salah satu puncanya berlaku kenapa wujudkan sijl cuti sakit haram.

Seringkali penulis mendengar luahan kakitangan awam, sama ada dalam public forum atau secara bersahaja, tidak ada saluran yang sah untuk kakitangan awam bersuara. Setiap lontaran idea terbatas dengan restu ketua, dan hal inilah yang membantutkan perkhidmatan awam.

Idea bernas kakitangan awam adakalanya tidak sampai ke peringkat atasan kerana dipertengahan jalan disebabkan adanya penyakit PHD, maka disekat. Ini adalah antara realiti yang berlaku dan seringkali kita dengar dan diberitahu.

Justeru, penulis beranggapan ada baiknya CUEPACS membuat kaji selidik berhubung persoalan kenapa angka 3% berlaku kepada kakitangan awam agar ada penambaikan dapat dilakukan pada masa depan untuk kebaikan perkhidmatan awam di Malaysia. Insya-Allah.

Thursday, May 20, 2010

Didera Undang-Undang manusia

Bung Moktar dan Zizie Izette Abd Samad. Dua nama yang telah memeriahkan dunia akhbar kita di Malaysia. Fakta kesnya ialah, berpoligami tanpa kebenaran. Impaknya amat besar. Timbul pelbagai persoalan nakal, sampai begitu sekali peraturan di Malaysia!

Tidak kurang juga ada yang berhujah, kenapa perlu dibesar-bearkan orang yag dah berkahwin secara sah? Malah, jika benar pihak jabatan agama serius dengan kerjanya, banyak lagi yang bersekedudukan di Kuala Lumpur itu. Kenapa hal itu tidak diberikan tumpuan sepenuhnya?

Rasanya banyak pihak sedar, masalah sosial kita di Malaysia tidak pernah menurun grafnya. Lihat saja kes pembuangan anak, menjadi-jadi. Semakin kerap disiarkan, menyebabkan masyarakat kita yang mendengarnya seolah ianya sesuatu yang biasa. Walhal itu adalah satu pembunuhan yang jelas.

Bukan untuk membela A.P Bung, tapi bila berita seumpama ini disensasikan maka memberi gambaran yang buruk kepada Islam. Islam tidak sekejam itu dalam peraturannya. Hal seumpama inilah yang menyebabkan golongan muda berfikiran dua kali untuk bertindak benar.

Justeru, para pemimpin dan pihak agama di negara ini wajarlah memikirkan strategi bagaimana menyelesaikan hal seumpama ini tanpa mengaibkan sesorang yang melakukan perbuatan yang halal.

Monday, May 17, 2010

Kenapa DAP menang di Sibu?

Jika dilihat di atas kertas, BN tidak seharusnya kalah di Sibu. Sebabnya banyak RM telah ditaburkan untuk projek pembangunan bagi kemudahan rakyat di Sibu. Namun, bila diumumkan bahawa BN kalah tipis, pelbagai teori muncul.

Antaranya ialah masyarakat cina menolak SUPP, rakyat cina bukan memerlukan pembangunan yang hebat seperti di New York atau di London, tapi kesahjeteraan hidup. Pengundi Bumiputera tersingung, dan banyak lagi kenyataan lain yang g kalau nak ditaipkan kat sini penat jari ni dibuatnya. Apa yang tidak kena pada kempen BN bila kekalahan ini berlaku? Saja penulis lampirakan petikan dari BERNAMA untuk renungan kita bersama...

SIBU, 11 Mei (Bernama) -- Masyarakat Cina di sini memberi maklum balas kepada Barisan Nasional (BN) pada kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, kata bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat. Meskipun hanya menyertai kempen semalam, Ong berkata beliau dapat merasai sokongan itu semasa melakukan tinjauan mesra di kawasan Cina di sini.

"Daripada maklum balas yang kami terima, ia memberi kami beberapa petunjuk siapa yang bersama-sama kami (BN) dan siapa yang tidak. Tetapi masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengadakan dialog dengan para pengusaha lori, bas dan pemandu teksi di sini pada hari Selasa.

Beliau berkata masih terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan BN semasa tempoh berkempen bagi mendapatkan sokongan daripada pengundi Cina, yang merupakan 66.7 peratus pengundi di Sibu.

"Walaupun kami mungkin tahu kawasan "putih" dan "kelabu", kami masih memerlukan beberapa hari lagi untuk meyakinkan pemilih untuk mengundi calon BN dan menyangkal dakwaan parti pembangkang," kata beliau. Mengenai sesi dialog itu, Ong, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata ia adalah inisiatif kementerian untuk mendengar masalah-masalah yang dihadapi di peringkat akar umbi dan di Sibu, tindakan seumpamanya dilakukan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan sebelum ini, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga Anggota Parlimen Sibu.

"Ia dilakukan bukan kerana Sibu sedang menghadapi pilihan raya kecil. Kami sentiasa peka dengan keperluan rakyat selama ini dan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya," kata beliau.

Semasa dialog itu, wakil-wakil persatuan membangkitkan beberapa permohonan dan menyuarakan masalah dihadapi semasa melakukan operasi mereka. Semalam, Ong mengadakan sesi dialog dengan kumpulan peniaga dalam industri maritim Sibu.

Pilihan raya kecil Sibu pada Ahad ini diadakan kerana kematian Lau pada 9 April akibat barah hati. Calon BN, Robert Lau Hui Yew, atau lebih dikenali sebagai Robert Lau Junior. Beliau akan berhadapan calon DAP Wong Ho Leng dan calon Bebas, Narawi Haron, pada pilihan raya kecil itu. - BERNAMA

Derita Ulser Usus

Semalam adalah sambutan Hari Guru Kebangsaan yang juga serentak dengan penganjuran Festival Hari Guru 2010 bertempat di East Cost Mall, Kuantan Pahang. Semalam juga penulis dikhabarkan akan seorang guru yang penulis kenali, disahkan menghidap penyakit ulser usus. Penulis tidak arif berkaitan nama penyakit tersebut, menurut guru berkenaan yang penulis ziarahi semalam, dia sedang mengalami kenser ketiga paling kerap berlaku di dunia.

Pada penulis, agak sedih bila mengetahui guru tersebut sakit dan menderita menahan kesakitannya. Namun penulis diingatkan oleh guru berkenaan bahawa kesakitan yang dialaminya adalah merupakan satu ujian baginya setelah lama mengharungi kehidupan yang sihat sejahtera. Sampai demikian sekali keyakinan dan kesabaran cikgu!

Dalam pada rakan guru-guru lain mungkin semalam dan hari ini sedang sibuk menyambut dan meraikan hari guru, cikgu berkenaan pula sedang berehat di rumahnya sambil makan pil yang dibekalkan oleh pihak hospital kepadanya.

Mungkin tidak ramai kalangan kita tidak menyedari akan apa itu penyakit Ulser Usus. Kanser usus — Kanser ketiga paling kerap di seluruh dunia. Ia adalah kanser malignan di dinding usus besar yang bermula dengan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan berubah menjadi kanser. Tumor boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan; iaitu antara simptom kanser.

Antara simptom kanser usus ialah berak berdarah, perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis), perut memulas, terasa asyik hendak buang air besar, perut tidak selesa, kembung atau senak; muntah, hilang selera makan dan cepat penat. Pada keadaan serius pesakit tidak boleh buang air langsung kerana pembengkakan pada rektum menghalang laluan najis keluar. Tanda paling nyata ialah apabila jadual buang air besar berubah, cepat penat dan berat badan menurun tanpa sebab. Di kalangan pesakit muda, gejala ini sering disalah diagnos sebagai sakit perut atau gastrik.

Bagaimana mengenal pasti ada darah pada najis?
  1. Najis diselaputi darah berwarna merah cerah
  2. Ada ketulan darah bercampur dengan najis
  3. Najis berwarna kehitaman dan melekit

Gejala pendarahan akut:
  1. Tiga tanda di atas
  2. Cepat berasa lesu
  3. Pening
  4. Sesak nafas
  5. Senak perut
  6. Rasa mahu pitam
  7. Cirit birit

Gejala pendarahan kronik:
  1. Semua tanda di atas
  2. Badan terasa lemah
  3. Sentiasa berasa penat
  4. Sukar bernafas
  5. Pitam
Mudah-mudahan sedikit maklumat berikut dapat memberkan kesedaan kepada kita. Semoga Allah swt dengan limpahan rahmatNya, akan menyembukan kesakitan yang cikgu alami, amin...