Banyak sudah analisis dilakukan oleh pelbagai pihak berhubung 3 pilihan raya yang berlaku semalam. Keputusan menyaksikan BN tetap menjadi pilihan di DUN Batang Aii mengalahkan calon PKR dengan mejoriti 1854.
Lokasi tumpuan seluruh masyarakat Malaysia, Parlimen Bukit gantang menyaksikan calon PAS, yang juga dikatakan bekas Menteri Besar Perak (ada juga yang menulis Menteri Besar Perak) Datuk Seri Mohamad Nizar, menang selesa dengan mejoriti 2789 mengalahkan calon BN, Ismail Saffian dan calon bebas Kamarul Ramizu.
Kemenangan Nizar sudah pastinya akan menjadi polimik berterusan dalam bual politik tanah air kerana dikatakan Bukit Gantanglah yang akan menentukan kekuatan dan kerapuhan Pakatan Rakyat, jika menang atau kalah. Bagi UMNO dan BN pula, Bukit Gantang medan penting sebagai gambaran sama ada rakyat Perak menerima pentadbiran kerajaan BN, setelah berlaku peristiwa "pelik" dalam sejarah demokrasi Malaysia. Ternayata PAS menang, dan sudah pastinya tiada sambutan besar-beasaran BN, walaupun telah menang di Batang Aii. Nampak gayanya kehadiran Tun Mahathir juga tidak berjaya untuk menambat hati pengundi di kawasan berkenaan.
Alasan hujan dan jauh, seperti dibual dalam Astro Awani, dikatakan punca yang menyebabkan kelewatan keputusan DUN Bukit Selambau. Dan akhirnya kemenangan berpihak kepada PKR. DUN Bukit Selambau pastinya akan diingati oleh setiap pengamal media, khususnya yang membuat liputan politik kerana terdapat 15 calon yang bertanding, termasuk calon BN (MIC) dan PKR.
Apa-apa jua sudah diketahui siapa yang dipilih rakyat. Kepada yang menang, buatlah yang terbaik kepada rakyat. kepada yang kalah, tidak salah bekerjasama untuk melakukan yang terbaik kepada rakyat. Jika semua pihak hendak menjadi pemimpin, siapa pulak yang menjadi rakyat?
No comments:
Post a Comment