Tuesday, March 31, 2009

Car Free Days & Earth Hour

Earth Hour yang berlangsung pada 28 Mac lalu sememangnya berjaya pada penilaian mata kasar saya, yang mengajak masyarakat untuk bergelap selama satu jam. Yang menariknya ialah, kempen ini seoalah menjadi "kewajiban" kepada penduduk kampung untuk mengikuti dan melaksanakannya. Saya mengambil kesempatan berbual dengan penduduk kampung di Rantau Panjang pada 29 Mac lalu. Kebetulan ada kenduri kawin di situ.

Rata-rata penduduk kampang yang saya tanya mengakui seolah satu kemestian untuk mereka memadam lampu selama satu jam pada tarikh 28 Mac lalu, yakni dari jam 2030-2130. Dan yang menarik perhatian saya ialah cerita seorang ayah yang memberitahu bahawa anaknya yang masih bersekolah rendah bersemangat, dan sejak awal jam 6 petang sudah menyediakan lilin, untuk tujuan menyambut Earth Hour.

Pada pendapat saya, kempen seumpama ini berjaya untuk mengurangkan kesan pemanasan global. Di perngkat Malaysia sendiri, khususnya, wajar dilaksanakan program seumpama ini. Tidak semestinya hanya melalui Earth Hour sahaja seleuruh penduduk Malaysia atau mercu tanda indah di Malaysia ini menutupkan lampunya. Tidak salah jika diadakan sebulan sekali, seperti mana kakitangan kerajaan diarahkan memakaikan pakaian batik pada setiap hari Khamis.

Dalam soal ini, yang diperlukan ialah kretifiti pihak yang menganjur dan merancangkannya. Saya yakin pihak swasta pasti bersetuju untuk turut serta dalam kempen seumpama ini selain menyelamatkan bumi, juga mampu menjimatkan aliran RM daripada terus mengalir untuk membayar bil elektrik.

Bercakap mengenai kempen menyelamatkan bumi, memang banyak lagi aktiviti lain yang "simple" boleh masyarakat laksanakan untuk kesahjeteraan bumi. Antaranya tidak menggunakan beg plastik. Kesdaran ini nampaknya masih belum meluas dalam kalangan masyarakat kita. Penggunaan beg kertas wajar diperkenalkan dipasar raya misalnya, atau penggunaan beg membeli-belah yang ada dijual semurah RM2.00 setap satu.

Di laluan yang sibuk umpama di KL, wajar diwujudkan juga satu hari tanpa kereta di lokasi tertentu untuk kebaikan masyarakat sekitarnya. Jika Jakarta, Indonesia, misalnya, mereka dapat melaksanakan" Car Free Days" pada seiap hari Ahad terakhir setiap bulan. Jalan raya yang lenggang pada hari berkenaan dimanfaatkan oleh warga kota untuk bersukan dan beriadah. Kajian menunujukkan bahawa 50% pencemaran alam sekitar berpunca daripada asap kenderaan. Menurut Budirama Natakusumah, Ketua Agensi Alam Sekitar Jakarta, 70% carbon monoxide dapat kurangkan dengan mengadakan "Car Free Days" pada setiap bulan. Hal ini amat penting terutamanya di Jakarta yang sesak dan padat dengan kenderaan pada setiap hari, dan untuk kebaikan masyarakat sekitarnya. Malah di Bagota pula ada dianjurkan Hari Tanpa Telefon Bimbit, pada setiap 1 Februari.

Dalam pada itu Electricity consumption dipped by some 550MW during Earth Hour on Saturday. Tenaga Nasional Bhd (TNB) chief executive officer Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, was equivalent to the consumption of about 14 million 40-watt fluorescent bulbs. “Everything went smoothly and we were able to respond to the slightly lower demand without any operational glitches,” he said.

He was commenting on the hour-long lights-out campaign to create awareness on the need to combat global warming. However, Che Khalib added that demand picked up rapidly at 9.30pm to follow the normal Saturday night pattern. Many Malaysians joined the annual campaign, which began in Sydney in 2007, by switching off their lights for an hour from 8.30pm.

Earth Hour, pada dasarnya sudah mencapai matlamatnya di Malaysia. Bagaimana pun, dalam konteks pemuliharaan Bumi secara keseluruhannya, banyak lagi yang wajar pihak kerajaan laksanakan dan rancang, agar dituruti oleh pihak swasta dan juga masyarakat. Sememangnya dalam resam hidup arahan atau kepimpinan haruslah bermula dari atas dan turun ke bawah.

No comments: