Pernahkah kita terfikir bahawa tidak mustahil pada suatu hari kelak manusia akan berkawin dengan robot? Saya berkata demikian kerana ada banyak hujah-hujah yang menyokong perkara yang demikian. Sebagai contoh, di Amerika, kajian yang dilakukan oleh majalah Penthouse mendapati bahawa hampir 85 peratus golongan isteri lebih suka atau puas jika bersama menggunakan alat-alat seks yang berkonsepkan mekanikal.
Menurut Livescience, David Levy di Universiti Maastricht , Netherlands meramalkan bahawa sekitar tahun 2050 nanti, negeri-negeri di Massachusetts, Amerika Syarikat kemungkinan akan membenarkan perkahwinan manusia dengan robot.
Henrik Christensen iaitu pengasas European Robotics Research Network pula meramalkan yang manusia akan mula melakukan hubungan seks dengan robot 5 tahun dari sekarang, Dan yang dasyat lagi adalah kemungkinan akan membawa kepada perkahwinan antara manusia dengan robot. Para psikologi mengatakan itu tidak mustahil kerana beberapa perkara. Antaranya kerana biasanya manusia akan berkahwin apabila terdapat keserasian pada personaliti, persamaan peribadi dan pengetahuan, perkongsian dan seumpamanya. Itu semua adalah apa yang terprogram dan boleh diprogramkan. Maka sebab itu lah ada pendapat yang mengatakan tidak mustahil manusia akan berkahwin dengan robot suatu masa nanti.
Apa pendapat anda berhubung hal ini?
No comments:
Post a Comment