Pelbagai isu yang dibualkan sepanjang aidilfitri kali ini yang ingin saya kongsikan bersama. Pada hari hari raya pertama, saya kerap ditanya berhubung status Pak Lah dan Najib yang ceritanya semakin hangat dan panas sejak Ramadhan lalu. Pelbagai pertanyaan diajukan oleh saudara-mara kepada saya berhubung cerita sebenar yang berlaku dalam politik UMNO dan kebolehan Anwar samaada mampu mewujudkan kerajaan baharu atau sebaliknya.
Sebagai wartawan masyarakat, sememangnya akan menjadi tumpuan walhal tidak semua yang saya ketahui, namun mujurlah ada internet maka bolehlah saya akses ke laman web berita dan blog untuk mengetahui perkembangan terkini dunia politik dan sebagainya. Maklumat dihujung jari...
Itu cerita raya pertama secara keseluruhannnya. Pada raya yang kedua pula saya mendengar rintihan seorang pakcik berhubung "klik antara peguam". Ceritanya begini. Pakcik tersebut membina rumah di atas tanah sendiri dan sebelum rumah didirikan maka dia melantik peguam untuk menjaga kepentingannya sekiranya kontraktor yang dia lantik tidak menepati menepati perjanjian dalam proses menyiapkan rumah idamannya. Malang tidak dijangka, pakcik tersebut "ditipu" apabila kontraktor tersebut tidak dapat menyaipkan rumah seperti mana yang telah dipersetujui dalam perjanjian. Atas dasar kemanusiaan, pakcik tersebut bersetuju memberikan persetujuan mulut untuk menambah tempoh dua bulan lagi kepada kontraktor terbabit agar dapat menyiapkan rumahnya. Sudah jatuh ditimpa tangga, tempoh dua bulan tersebut juga tidak dimanfaatkan kontraktor terbabit untuk menyiapkan rumahnya. Akibatnya rumahnya hanya siap 70 peratus.
Nak dijadikan cerita, pakcik itu terus meluahkan jika mengikut perjanjian, kontraktor terbabit harus membayar RM3000 sehari jika tidak berjaya menyiapkan rumah tersebut, dan peguam boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kontraktor terbabit, berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujuai bersama.
Namun, jelas pakcik tersebut, atas nama "bisnes" peguam tersebut hanya meminta hal tersebut diselesaikan diluar mahkamah, dan meminta pakcik tersebut menerima apa-apa jua jumlah bayaran yang termampu oleh kontraktor terbabit. Alasannya jika dibawa ke mahkamah, kes tersebut akan memakan masa yang lama dan panjang.
Menurut pakcik tersebut, dia bukan sahaja telah ditipu oleh kontraktor terbabit, tapi turut menanggung sebahagian kos tambahan untuk membina rumahnya sehinga wang simpanannya habis. Malah, jelas pakcik tersebut yang jelas kecewa, dia juga terpaksa menanggung makan pekerja kontraktor terbabit sebab kontraktor gagal membayar gaji kepada pekerjanya. Bila diberitahu oleh peguamnya dengan nada dan ayat yang sebegitu, seolah pakcik dipermainkan. Saya, yang hadir sebagai tetamu ziarah raya ke rumah pakcik tersebut dan setelah memahami penjelasan oleh pakcik tersebut mencadangkan agar pakcik berkenaan membuat laporankepada Biro Pengaduan Awam JPM.
Saya sendiri yang tidak begitu arif dalam soal seumpama ini berfikir, dan hasilnya pelbagai persoalan muncul. Antaranya;
- Semudah itu ke peranan peguam dalam urusan perjanjian?
- Adakah hak orang yang menggunakan khidmat peguam diabaikan dalam hal ini?
- Dimanakah pembelaan peguam dalam soal ini dan benarkan tempoh urusan di kes di mahkamah akan mengambil masa yang panjang?
- Siapa yang boleh membela orang awam jika peguam bersikap berkenaan?
Saya hanya mendengar luahan pakcik tersebut dan selelbihnya mencadangkan apa-apa yang saya fikirkan yang terbaik. Doa saya hal berkaitan pakcik tersebut akan dapat diselesaikan.
No comments:
Post a Comment