Thursday, August 7, 2008

Terserah Pada Mahkamah...

Biar mahkamah menentukannya...selepas pengakuan Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dalam akuan berkanunnya bertarikh 1 Ogos lalu, bahawa beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan - pemuda yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hari ini Dato Sri Anwar dihadap ke mahkamah, dan hakim perbicaraan Hakim S.M Komathy, telah menetapkan kes tersebut didengar semula pada 10 September 2008.

Anwar diwakili oleh sepasukan sembilan orang peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Peguam lain termasuklah Sivarasa Rasiah, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon, Latheefa Koya, Leela J Jesuthasan dan Mohd Razlan Jawaludin.

Pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara Dato' Idrus Harun manakala pihak pembelaan yang dibarisi sembilan peguam diketuai Sulaiman Abdullah.

No comments: