Saturday, August 23, 2008

Syabas Pak Lah..

Apabila Perdana Menteri merasai azab dan ketidakselesaan meniki komuter dari stesen Serdang ke KL Central dan seterusnya menaiki Putra LRT ke Masjid Jamek sekitar jam 9 pagi 21 Ogos lalu, maka serta merta beliau mengarahkan pihak yang mengendalikan komuter dan LRT agar membaiki tahap perkhidmatan yang diberikan. Dalam kata lain , beliau mahu perkhidmatan tersebut cekap dan tidak membebankan pengguna dari segi tidak padat seperti ikan sardin, menepati masa dan pengguna berpuas hati dengan perkhidmatanyang diberikan.

Saya tabik kepada Pak Lah atas kesudian beliau turun padang. Alangkah baiknya semua menteri yang diamanahkan dengan tanggungjawab masing-masing turun meninjau permasalah rakyat seperti Pak Lah lakukan. Tidak perlu protokol dan sewaktu dengannya. Jika kerap dilakukan, saya yakin tiada rakyat yang waras akan menukarkan kepimpinan yang sedia ada.

Masalahnya sekarang, pemimpin hanya menjenguk rakyat pada masa yang tertentu sahaja. Pilihan raya misalnya. Rakyat menilai bukan sekadar melihat kewibawaan, tapi hubungan dengan rakyat. Sosial, kata Saiful Apek.

Saya mengharapkan lebih banyak lagi menteri yang akan "turun padang" selepas ini. Banyak lagi permasalahan rakyat yang "orang atas" tidak mengetahui dan mengalaminya. Antaranya betapa sukar nak menemui teksi yang menggunakan meter di Kuala Lumpur, betapa azabnya memohon pinjaman peribadi di bank-bank, betapa lamanya masa yang perlu dibuangkan jika pergi ke hospital kerajaan untuk menunggu giliran, dan banyak lagi. Siapalah rakyat untuk mengubah semuanya tanpa restu kerajaan...

Pix by BERNAMA

No comments: