Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar. “Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri.
(http://drmaza.com/home/)
Can guilt or innocence be proven by mere words on a Holy Book, and not facts, evidence and solid proof? I’ve also heard that only the guilty who is desperate to prove his or her innocence will turn to the Holy Book. Is this the case for Saiful? (Susan Loone)
Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan. Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din kepada Harakahdaily hari ini di Muktamar Tahunan PAS kali ke-54. "Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya. (Harakah)Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Penasihat PKR, PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikuti langkah Mohd Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah untuk membuktikan beliau tidak bersalah. "Anwar sepatutnya membuat perkara yang sama, bukannya hanya terus berceramah di merata tempat untuk membuktikan yang dia tidak bersalah," katanya. (Malaysiakini)
Pendapat peribadi saya, jika media tidak keterlaluan memaparkan berita berhubung isu "wajarkah kedua orang itu bersumpah", maka mungkin isu tersebut terpadam dan lenyap menuruti peredaran masa. Jika kedua mereka merasakan dianiya, maka TUHAN ada untuk sebagai tempat meluah. Yang jelas, sama ada yang meliwat atau diliwat, bila bersumpah demikian caranya, dan seluruh Malaysia mengetahuinya, maka secara tidak langsung kita mendedahkan aib diri kita kepada rakyat Malaysia. Mungkin yang bersumpah ada alasan yang tersendiri, namun kita harus ingat Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Pix by Reuters
No comments:
Post a Comment