Thursday, August 7, 2008

Memorandum Kebebasan Media

Patutkah anda diberitahu tentang KEBENARAN supaya anda
dapat membuat keputusan berasaskan maklumat yang betul?

Ini, nampaknya, tidak mungkin berlaku memandangkan hak anda untuk mengetahui kebenaran kini disekat 30 undang-undang yang membawa akibat yang serius. Di antaranya ialah :-

  • Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (“PPPA”) yang memberi Menteri Dalam Negeri kuasa mutlak untuk memutuskan siapa yang boleh mendapat permit penerbitan, bila untuk membatalkan atau menangguhkan permit itu, dan buku-buku mana yang harus diharamkan. Oleh itu beberapa akhbar utama terpaksalah menurut perintah dan mengamalkan penapisan diri.

  • Akta Rahsia Rasmi (“OSA”) yang merampas hak seseorang untuk mengetahui segala yang diperlakukan di pejabat-pejabat kerajaan, contohnya perkara-perkara seperti bagaimana duit cukai dibelanjakan dan sama ada kontrak-kontrak kerajaan diberi melalui tender yang sepatutnya.

  • Akta Hasutan yang membenarkan kerajaan menutup mulut para pengkritik dengan alasan-alasan bahawa mereka itu sengaja menimbulkan rasa benci terhadap kerajaan dan mengancam harmoni social.

  • Akta Keselamatan Dalam Negeri (“ISA”) yang membenarkan kerajaan menahan sesiapa sahaja tanpa perbicaraan untuk tempoh masa yang tidak dapat dipastikan dengan bertopengkan perlindungan keselamatan nasional.

  • Akta Komunikasi dan Multimedia (“CMA”) yang membenarkan penumpuan siaran media dikuasai oleh golongan-golongan yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak-pihak yang berkuasa.

Oleh yang demikian kita haruslah menuntut perubahan melalui reformasi undang-undang media dengan :-

  • mengadakan Jawatankuasa Parlimen yang terpilih untuk mengkaji semula semua undang-undang yang berkaitan dengan media serta memansuhkan undang-undang yang menyekat kebebasan bercakap, kemudahan mendapat maklumat dan penguatkuasaan;

  • menangguhkan penguatkuasaan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (“PPPA”) sebelum pemangsuhannya; dan

  • menggubal undang-undang Akta Hak Kebebasan Maklumat (“FOI”) di peringkat persekutuan dan negeri;

  • * Seorang ahli Parlimen dari pihak pembangkang teleh menyerahkan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen Biasa (“a private Member’s Bill”) dan beberapa kerajaan negeri sedang mengkaji penggubalan undang-undang FOI di negeri-negeri tersebut. Sejauh ini Kerajaan Persekutuan tidak mengendahkan panggilan untuk menggubal FOI, dan ada kemungkinan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen Biasa tidak akan dikemukakan kecuali menghadapi tekanan dari rakyat.

Anda boleh menukar situasi yang menyedihkan ini. Apa yang perlu ialah semangat politik yang kuat untuk menuntut perubahan. Pastikan suara anda didengar. Kebenaran tidak sepatutnya dirahsiakan.

Jika anda bersetuju, sila ke laman web berikut:

http://benar.org/endorse.asp

No comments: