Friday, August 8, 2008

Makan Luar Vs. Makan Dalam

55 peratus masyarakat negara ini lebih gemar makan di luar dan tidak menjaga pemakanan sehingga mereka terdedah kepada pelbagai penyakit kronik seperti jantung kronari, kencing manuis, darah tinggi dan barah. Disebabkan kuang penjagaan tersebut, kerajaan terpaksa memperuntukkan RM12.9 bilion pada tahun ini bagi menanggung kos perubatan disebabkan penyakit kronik yang berpunca daripada sikap masyarakat yang tidak menjaga pemakanan mereka. Tinjauan mendapati, penyakit kencing manis di negara ini meningkat daripada 8.3 kepada 14.9 peratus dalam tempoh 10 tahun. Manakala bagi orang dewasa yang mempunyai paras kolestrol tinggi ialah 20.6 peratus, katanya Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai.

Jika hendak berjimat, maka makanlah bersama keluarga. Melaluinya kita bukan hanya berjimat, malah lebih banyak rahmat yang akan kita kerana kita lakukan dua perkara. Pertama, makan berjemaah bersama keluarga. Kedua, kita secara tidak langsung apabila makan berjemaah bersama ahli keluarga mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Jadi fikirkanlah. Kepada yang hidup seorang diri, niat yang baik Allah pasti akan permudahkan dengan adanya usaha kita...Insya-Allah.

Foto Oleh Ilusi Kreatif

No comments: