Sunday, June 29, 2008

Tragedi atau Konspirasi?


Satu Malaysia kecoh lagi....semuanya gara-gara laporan Saiful Bukhari Azlan (yang bertunang pada 17 Mei lalu), pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis mendakwa dirinya menjadi mangsa liwat oleh tuannya. Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang semalam.

Pada saya jika itu adalah fitnah, biarlah tuhan yang menentukkan hukumannya. Cuma hal ini berlaku dalam suasana politik Malaysia yang masih belum tenang. Hal ini berlaku belum lama selepas Malaysia kecoh apabila isteri TPM di katakan "terlibat" dalam kes Althantuya. Sehinga ke saat ini pelbagai spekulasi dipaparkan didalam blog seolah "sendiwara" ini direka sedemikian rupa kerana untuk menghalang menjadi PM pada September depan.

Jika diteliti, ini "dugaan" yang kedua bagi Anwar dalam pada usahanya untuk menuju menjadi PM. Yang pasti, dalam keadaan menunggu detik perlawanan akhir Euro 2008, Malaysia sekali lagi menjadi perhatian dunia apabila berita mengenai pertuduhan terbaharu terhadap Anwar ini secara sekelip mata menjadi "berita" dunia.

Yang membimbangkan saya ialah mengenai apa yang mungkin berlaku di KL dalam tempoh terdekat ini. Sebabnya Anwar ada memberitahu bahawa "pertuduhan" baharu ini ada kaitan dengan
pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku, termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999. Dua nama itu bukan orang sebarangan dan amat berkuasa di Malaysia. Berita ini sekali lagi mengulangi peristiwa 10 tahun lalu dan sekaligus pasti akan dikuti perkembangannya oleh setiap rakyat Malaysia. Dalam keadaan Anwar baharu sahaja berjaya menyatukan parti pembangkang melalui Pakatan Rakyat, situasi yang berlaku sekarang memang akan menjadi satu lagi permulaan sejarah politik di Malaysia.

Sama-samalah kita berdoa semoga tidak berlaku ha yang tidak diingini di bumi Malaysia ini, Amin.

Gambar: Saiful (baju biru) bergambar bersama pegawai khas TPM, Khairil Annas Jusoh, sekaligus "menghangatkan" lagi episod pertuduhan "liwat" Anwar kali ini...

No comments: