Friday, June 6, 2008

Price Increases?


Harga minyak sudah pun naik. Keresahan semua sudah menjadi kenyataan. Dalam beberapa minggu akan datang, pasti ada kejutan lain berhubung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Terkini persatuan bas dan lori bercadang untuk menaikan kadar perkhidmatan mereka seleras dengan kenaikan haga bahan api tersebut. Pengusaha bas sekolah umum caj tambahan sebanyak RM50 sebulan mulai Isnin hadapan. Manakala Persatuan Pengeluar Malaysia juga dijangka akan menaikan harga barangan dan menyerahkan kepada pengguna untuk menanggung harga kos. Pengeluar makanan dan penjual makanan juga hanya mennggu saat dan ketika untuk berbuat demikian.

Teksi mungkin tidak akan menaikan tambang sebab masih lagi menerima subsidi kerajaan. Cuma yang mungkin menimbulkan tanda tanya ialah perkhidmatan awam seperti bas. Bagi warga kota antara penyelesaian untuk mengatasi masalah kos minyak ialah dengan menaiki pengangkutan awam laian seperti komuter, Lrt, dan Monorel. Permasalahannya sekarang ialah perkhidmatan terebut juga masih "membebankan" pengguna kerana sering sesak. Lihatlah dimana jua stesyen di sekitar KL pada waktu puncak, pasti banyak yg akan sependapat dengan saya. Justeru kepada pihak berkuasa, dengarlah rintihan kami....

1 comment:

azlishukri said...

semua barang dah naik...