Thursday, June 5, 2008

Minyak Oh Minyak...


Sepanjang hari ini saya suka mendengar luahan orang "awam" berhubung kenaikan harga minyak. Ada yang beremosi dan ada juga selamba. Rata-ratanya tak suka kenaikan minyak. Sebaabnya bila minyak naik maka semua barangan lain akan naik. Semuanya. Percayalah.....kata kawan-kwan yang ditemui.

Dalam pada itu, cerita mengenai kenaikan minyak juga menarik perhatian saya berhubung ada kawan-kawan yang memasang azam baru, yakni untuk berjimat cermat. Pada saya itu suatu niat yang baik, cuma bila mereka jelaskan kepada saya bahawa berjimat cermat mungkin dapat dilaksanakan, tapi tak semudah untuk berubah. Seperti kata ahli politik, makanlah ubi kayu....Apa-apa jua pada saya usahalah yang terbaik.

No comments: