Saturday, May 17, 2008

Tips Poligami

Heboh satu Malaysia apabila Mohamed Nor Awang, 57 tahun, mendapat sokongan padu tiga orang isterinya yang juga duduk serumah, memberi izin kepada beliau untuk berkahwin bagi kali yang ke-4. Malah Hakim Mahkamah Syariah di Kuala Terengganu berkata inilah kes pertama yang berlaku di Malaysia.

“Saya tiada sebarang resipi, apatah lagi mengamalkan ilmu tertentu untuk berpoligami. Segala yang berlaku tidak pernah saya rancang dan menganggapnya sebagai kebetulan dan ketentuan Allah S.W.T,” kata Mohamed Nor Awang, pemandu lori yang mempunyai tiga isteri yang di petik oleh Harian Metro.

“Pada setiap malam Jumaat atau masa kelapangan, kami suami isteri dan anak-beranak akan membaca Yasin secara berjemaah. Biasanya di rumah isteri pertama selain mengajar sendiri anak membaca al-Quran sebelum makan malam bersama selepas menunaikan solat Isyak,” katanya.

Diakhir perbualannya beliau berharap pihak tertentu tidak menjadikan isu poligaminya itu sebagai bahan perbualan kerana perkara biasa yang tidak perlu digembar-gemburkan.

No comments: