Monday, May 12, 2008

Permit Teksi Individu

Kerajaan sedang mengkaji mengeluarkan semula permit individu selepas muncul masalah akibat pemberian lesen kepada syarikat, kata menteri pembangunan usahawan dan koperasi Datuk Noh Omar. Beliau berkata pemberian lesen kepada pemandu individu membolehkan perkhidmatan teksi di negara ini diperbaiki. "Kita sedar ada pelbagai masalah timbul apabila lesen teksi diberikan kepada syarikat termasuk isu kos sewa dan sewa beli teksi yang tinggi, pendapatan pemandu tidak setimpal, kebajikan pemandu tidak dijaga dan masalah (pemandu) tidak guna meter dan tidak mahu ambil penumpang," katanya di Dewan Rakyat hari ini. Permohonan lesen teksi bagi syarikat dan individu telah dibekukan sejak 10 September 2004.

No comments: