Saturday, October 11, 2008

PM ke-6

Adakah sudah pasti Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya? Persoalan yang hangat dibualkan sekarang. Jika dalam pemilihan UMNO Mac depan beliau menang tanpa bertanding bagi merebut jawatan Presiden UMNO, maka beliaulah yang akan menjadi PM malaysia yang ke-6. Namun, masih terlalu awal untuk berkata demikian memandangkan seluruh bahagian UMNO baru sahaja mengadakan mesyuarat bahagian. Sehingga ke hari ini hanya Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, sahaja yang membuat peristiharan rasmi bahawa beliau akan bertanding merebut jawatan president UMNO dalam pemilihan UMNO akan datang.

Bagi politikus, penentuan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri pastinya akan menjadi suatu perkara yang penting kerana sudah menjadi resam di negara ini orang atas akan menentukkan nasib pengikutnya. Jika kebetulan orang atas adalah orang yang sama boleh memberikan kepentingan kepada mereka,sudah pastinya orang itulah yang akan disanjung dan dijunjung. Itulah persepsi yang biasa berlaku di mana-aman jua bentuk kepimpinan.

Apa-apa pun bagi saya yang penting ialah hendak melihat bagaimana budaya yang akan dibawa dan ditunjukkan oleh Perdana Menteri yang baharu kelak. Adakah Perdana Menteri yang baharu kelak senada dengan pemimpin sebelum ini dalam bab seperti berikut;

  • Menukar semua "fesyen" di Sri Perdana dengan kos berjuta-juta ringgit Malaysia
  • Menukar semua "make-up" di JPM dengan kos mencecah juta ringgit Malaysia
  • Timbul pelbagai cerita tidak enak dan sedap didengar berhubung kaum keluarga yang mendapat habuan berjuta-juta ringgit Malaysia
Jika ya, maka tidak usah berangan lama untuk menduduki sebagai PM yang ke-6.

No comments: