Wednesday, May 21, 2008

Baju Sekolah Seksi?

Sejak dahulu lagi pakaian sekolah di Malaysia bewarna putih. Sebenarnya pakaian putih menandakan bersih, cuma sekarang terdapat banyak jenis kain. Yang nipis pun ada dan yang tebal pun ada. Justeru berlakulah hal seperti ini...

Kementerian Pelajaran dicadangkan menukar pakaian seragam pelajar perempuan bagi menangani jenayah seksual melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dalam kalangan mereka. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, kementerian boleh menukar baju putih kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan.

"Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ," kata pemimpin wanita PKPIM, Munirah Bahari hari ini. "Lebih-lebih lagi ia (baju jarang) akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh pelajar perempuan di sekolah kerajaan. "Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya. "Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan sebagainya."

No comments: