Saturday, February 4, 2012

Tiada Duka Abadi di Dunia

Amat sayu bila mendengar lagu nyanyian kumpulan Opick ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepadaku untuk menjadi yang terbaik di alam ini. Semoga Allah memberikan kekuatan kepadaku untuk terus melakukan kebaikan di alam maya ini...amin..


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring

Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti


http://www.youtube.com/watch?v=-zGXSIH8STA

Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Saturday, December 31, 2011

Twitter: Follow Me!

Follow me, atau marilah mengikuti saya dalam twitter, nescaya anda akan bahagia dan selamat, selama anda sekalian waras dan bijaksana. Sebabnya, saya bertwitter untuk saling ingat-mengingati kepada perkara yang baik dan benar. Saya bertwitter bukan untuk melariskan jualan langsung atau berbual semata-mata, tapi untuk memperoleh maklumat yang saya boleh manfaatkan ideanya dalam kolum tulisan saya di dada akhbar pada setiap hari khamis dan rabu.

Ikutlah saya dan saya akan menunaikan hak anda semua sebagai kawan sebagaimana digariskan oleh imam Ghazali...Ikutlah saya, sebab selain menggunakan jenama Follow Me, saya juga mengharapkan anda semua mengikuti saya kemana jua saya berada.

Ikutlah saya. Saya tulis ini sebab bengang ditanya kawan-kawan kenapa saya tidak pelawa mereka agar mereka follow saya. Diharap dengan tulisan pada pos ini mereka akan mengikuti saya. Jangan salah tafsir dan salah tanggapan. Mudah-mudahan tidak timbul isu twitter ini pada tahun 2012!

Sindrom 'Kapalistik'

Setiap kali pegang laptop, pasti banyak perkara yang hendak ditulis. Dari soal sosial hinggalah politik. Namun, saya masih waras dan menyedari bahawa kuasa mata pena atau bahana hasil penulisan boleh mengubah apa-apa sahaja, sama ada objek yang saya tulis atau kehidupan saya sendiri.Justeru, saya akan menulis secara sipi sahaja. Selebihnya saya berharap para pembaca akan memahaminya sendiri.

Bercakap soal memahami, ianya tidak semudah kita membuka suiz lampu, on atau off. Memahami memerlukan satu ilmu lain iaitu anlisis, berpengatahuan dan menguasai keadaan persikitan yang hendak difahami. Tidak boleh memahami secara membabi buta, dan tidak boleh juga memahami kerana terpaksa atau dipaksa.

Tidak ada insan atau individu di atas muka alam ini suka dikong-kong dalam kehidupan seharian. Peraturan yang ada bukan tujuan untuk mengongkong, hanya sekadar untuk membentuk manusia berdisplin dan hidup saling hormat-menghormati.

Namun ada individu yang berkuasa ingin nama atas kapasiti berjaya membentuk satu dasar yang baharu, lalu mengolah peraturan tambahan yang sedia ada dengan niat bahawa dia akan dapat mengongkong kesemua kelompok manusia lain. Benar, kerana kuasa yang ada padanya maka dia berjaya. namun jauk di lubuk hati setiap kelompok menyimpan rasa dendam dan benci yang membuat-buat terhadap peraturan baharu yang dikuatkuasakannya.

Dalam kelompok yang telah dikategorikan itu, turut ada ialah sekumpulan manusia yang pandai bercakap, dan mengampu semata-mata. Dibuai dengan kata-kata yang indah dan mempesonakan maka yang di atas tidak akan menyedari akan apa-apa jua permasalahan dibawah. Nikmat dan keseronokan berada di atas lalu membuat mereka berasa jijik dengan kelompok yang berada di bawah. Kesannya, keputusan komunikasi pihak bawahan tidak akan didengari pihak atasan, atau, tidak kesampaian ke tingkat atasan.

Semua ini dinamakan birokrasi, dan keegoan tahap 1 yang amat tinggi. Sudah tidak wujud demokrasi atau pemimpin yang memimpin. Hanya keinginan untuk memperoleh kuasa dan berkuasa. Realiti dunia yang berubah menjadi global telah menjadikan penghuninya sentiasa bersaiang.

Persaingan dalam dunia global bermaksud memperoleh kedudukan teratas, berkuasa dan besar pengaruh. Lantaran itu permainan dalam sistem yang baharu ini tidak akan berubah, malah akan bertambah parah. Saya menjangkakan pada tahun-tahun yang akan datang kesan permaianan ini akan membuahkan keganasan yang maha hebat dalam sejarah Malaysia.

Semua ini tidak akan berlaku jika semua pihak kembali kepada ajarah agama, sepert mana saranan baginda Raulullah S.A.W. , kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah. Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh para pemimpin lain yang menyedarinya, tapi tidak berani bersuara atas kapasiti menjaga periuk nasi atau keistimewaan yang sedia ada, maka tunggulah bala malapetaka yang akan berlaku.

Saya hanya mampu menulis menjelaskan kesan dan meramalkan. Akhir kata, aku bukan pengganas atau golongan penentang, tapi hanya bersuara untuk kebaikan semua.

Wednesday, December 21, 2011

Tangga Gaji SBPA 2012

Dilampirkan kepada ang menunggu dan mencari. Saya pun jumpa dalam alam maya. Tidak tahu statusnya lagi, sulit atau menyulitkan. Yang jelas dan banyak di alam maya. Memandangkan semua pihak, yang rata-ratanya kakitangan awam hendak mengetahuinya, maka saya petik dan paparkan disini.

Yang jelas mulai tahun depan, saya telah diarah bertukar unit lagi. Tukarlah, janji gaji tetap diberikan...

Tuesday, December 20, 2011

Dear Leader Kim Jong il

Kim Jong Il, adalah pemimpin agung Korea Utara, dan telah diistiharkan meninggal dunia pada 19 Disember 2011. Saya mengikuti perkembangan ini sebaik menerima twitter pertama daripada pihak BBC yang melaporkan akan hal ini kepada dunia. Kita sedia maklum, negara Korea Utara mengamalkan dasar tertutup yang membuat pihak kuasa besar terutamanya Amerka Syarikat sangat sakit hati.

Amerika, yang ingin menguasai dunia dengan apa-apa jua sekali pun akan menjadikan negara yang paling dibencinya pelbagai proganda, fitnah dans sebagainya. Paling penting bagi Amerika ialah penduduk dunia dapat bersama-sama Amerika membenci Korea Utara, dan sekaligus memudahkan pengaruh dan sokongan dunia untuk menyerang Korea Utara.

Suatu yang berbeza dengan penduduk korea Selatan ialah, mereka tidak membenci seperti bencinya AS kepada Korea Utara. Benci mereka hanya berkisar kepada peristiwa peperangan yang telah berlaku suatu ketika dahulu. Kebencian selebihnya adalah propaganda AS dalam meningkatkan perasaan benci masyarakat dunia terhadap Korea Utara.

Saya ingin berkongsi hasil pembacaan berhubung apa yang berlaku di Korea Utara selama pemerintahan komunis yang sangat-sangat dibenci AS. Korea Utara tidak mengalami situasi yang teruk sepertimana digambarkan AS. Memang benar Korea Utara mengamalkan dasar pintu tertutup, namun hanya kepada negara yang membencinya seperti AS. Tidak kepada negara yang sama fahaman seperti China dan Cuba. Malah, berdasarkan paparan situasi dunia sekarang, pada saya adalah lebih baik negara seperti Korea Utara, hanya hidup dan bergantung sepenuhnya kepada hasil mahsul dalam negara sahaja. Tidak pada import yang boleh memudaratkan ekonomi negara kita sendiri.

Hampir keseluruhan yang terdapat di Korea Utara adalah Made In North Korea sendiri. Jangan lihat fahaman komunis sebagai satu ancaman, jika pemimpinnya lebih berjiwa rakyat dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin maka mereka tetap seorang yang berperikemanusiaan. Pada saya jika seorang itu berjiwa komunis sekalipun, tapi hatinya mulia maka adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk menyedarkannya. Mungkin saya dan kita semua tidak pernah menyedarkannya. Bertopengkan nama Islam atau apa agama sekalipun jika tidak bertanggungjawab dan hanya menindas rakyat dengan pelbagai cara yang jelas menindas atau secara lebih lecik, maka tiada bezanya.

CNN dan BBC sebaik sahaja pengumuman kematian Kim Jung Il, terus membuat pelbagai liputan dan bertanyakan pelbagai soalan kepada pelbagai jenis manusia dengan harapan memperoleh berita yang boleh dijadikan bahan tarikan utama untuk media merek ditonton masyarakat dunia. Tidak kurang juga, wawancara terpilih khususnya kepada rakyat Korea Utara sendiri yang berpaling tadah. Antaranya, seperti yang disiarkan oleh BBC ialah kononya beklas seorang bekas tentera berpangkat Kepten yang dapat membawa semua ahli keluarganya lari meninggalkan negara.

Dalam wawancara bersama BBC, secara selamba tentera itu memberitahu bahawa keadaan di bumi Korea Utara amat teruk sekali sehingga beliauy mengambil keputusan melarikan diri. Saya teringat satu rencana yang pernah saya baca mengatakan bahawa di Korea Utara, latihan ketenteraan adalah wajib kepada semua orang. Dan keutamaan kepada kaum lelaki. Timbul persoalan, adakah mereka yang lari itu kalangan mereka yang tidak tahan dengan realiti latihan yang ketat dan teruk?

Untuk bersikap adil, bukan itu yang hendak dibincangkan dalam tulisan ini. Media negara maju telah manipulasikan kematian Kim Joung Il sebagai petanda bahawa dunia akan berhadapan dengan peperangan dunia, lantaran kuasa nuklear yang . Umum mengetahui Korea Utara (sama seperti Iran) menerima nasib yang sama lantaran tindakan AS yang suka mengacau negara lain.

Bila berlaku kematian Kim Jung Il, AS mulai meniup kegusaran masyarakat dunia bahawa kemungkinan perang nuklear akan berlaku dan sebagainya. Caranya ialah melalui saluran media. Hal ini yang As lakukan secara teratur dan tersusun sehinggalah tidak banyak negara menyampaikan ucapan takziah kepada pemimpin rakyat korea yang disangjung oleh rakyat korea utara sendiri. Media CNN atau BBC tidak menyiarkan bagaimana rakyat korea utara yang berada di negara lain menagis bagai nak rak, bila mengetahui kematian pemimpin mereka.

Dalam ilmu komunikasi, boleh diselami kenapa boleh menagis jika sudah bebas diu dunia luar. Sebabnya kebaikan pemimpin tersebut kepada rakyatnya. Keperluan rakyat kesemuanya dipenuhi. Mati pun dalam keadaan dan perjalanan untuk menjenguk usaha rakyat.

Korea Utara negara yang selalu digertak negara kuasa dunia. Maka sudah semestinya untuk menunjukkan bahawa mereka tidak takut dengan buli negara maju dunia, maka prppaganda kekuatan tentera digunakan. Siaran video yang penuh segak dan bersemangat tentera korea utara sudah dapat mengerunkan pihak lawan. Apatah lagi tindakan 'selam' pemimpin negara berkenaan dalam menjawab apa-apa jua persoalan nuklear oleh pihak AS yang menggunakan topeng IAEA.

Hal ini menimbulkan bengang AS dan menambahkan sakit hati AS. Justeru bile berlaku kematian Kim Jong Il, pelbagai propaganda dilakukan. Malah usia penganti Kim Jong Il, yang juga anaknya dalam lingkungan umur 27/28 pun menjadi pertikaian AS. Walhal, pada zaman sekarang usia begitu amat sesuai untuk menjadi pemimpin dan memimpin.

AS telah memporak-porandakan semuanya sehingga negara dunia lain menjadi takut dan mengikut. Malah kematian Kim Jong Il juga dijadikan bahan ketawa mereka dengan hanya beranggapan Kim Jong sekadar Ill sahaja. Umum mengetahuio Ill dalam BI bermaksud sakit.

Jangan samapai kita tersalah faham dan mudah membuat kesimpulan melulu. Lihat dengan pandangan mata, analisis dengan pemikiran yang kita ada. Teliti satu persatu tanda yang boleh kita nilai berdasarkan siaran langsung yang meida Barat lakukan, dan kita akan temui jawapan sebenarnya.

Sejarah dan Analisis Sistem Saraan Kerajaan 1954-2012

Saya meminati apa-apa jua yang berkaitan data dan fakta. Sejak mula bekerja, hal inilah yang diajar oleh sifu ketika itu. menulis biarlah ada data dan fakta. Jika tidak dalam mood menulis (seperti skrg) jangan menulis. Tapi sekadar nak berkongsi maka saya menulis sedikit sekadar untuk tatapan semua.

SBPA Lampiran C Perguruan

Ini adalah sebahagian jadual C yang mungkin bocor di alam maya. Jadual ini adalah untuk gred perguruan. Jelas kita lihat disini bahawa kenaikan tahunan yang diwar-warkan sebagai hebat dan besar mencecah RM300 lebih sebulan adalah untuk mereka yang hanya digred di atas sahaja. Mereka yang di gred bawahan, hanya menerima kenaikan RM80 sahaja. Pada dasarnya tidak jauh beza dengan skim terdahulu, cuma perbezaan paling ketara angka yang besar, yakni sesuai dengan kenaikan harga barang dan kadar inflasi yang sentiasa naik sekarang.